Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mengenal Diri

Makna Cahaya Dan Maksud Ingat Diri

Imej
Pengertian Cahaya menurut Imam Al-Ghazali Allah itu cahaya, dan yang lain dari Dia tidak ada cahaya. Setiap cahaya adalah Dia, dan cahaya keseluruhan adalah Dia juga. Cahaya itu adalah sesuatu yang menzahirkan atau yang menampakkan yang lain atau lebih tinggi lagi iaitu sesuatu yang dengannya dan untuknya yang lain dizahirkan bahkan lebih tinggi dari itu lagi, iaitu sesuatu yang dengannya untk dirinya dan dirinya yang lain terzahirkan. Cahaya yang sebenarnya ialah sesuatu yang dengannya, untuknya, dan diri yang lain itu ter-zahirkan atau ternampakan. Cahaya ialah yang bercahaya dengan sendirinya. Cahaya itu timbul dalam dirinya, dari dirinya dan untuk dirinya. Cahaya tidak datang dari sumber yang lain.Cahaya yang demikian itu tidak lain tidak bukan hanya Allah saja. Bahawa langit dan bumi ini dipenuhi oleh cahaya, ada dua peringkat cahaya, iaitu pandangan mata dan pandangan akal. Cahaya yang pertama itu ialah apa yang kita lihat di langit seperti matahari, bulan dan bintang, dan