Siapa Aku (Admin)

Salam Sejahtera !!

.......Aku adalah seorang yang pendiam, tetapi banyak berkata-kata didalam hati. Oleh kerana aku tidak pandai untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata, maka banyaklah perkara yang terpendam didalam lubuk hati aku. Dan kerana itu jugalah maka terpanculnya blog ini, bagi memudahkan aku untuk melepaskan segala yang terpendam didalam hati ini.

Aku membesar disebuah kampung di tengah bandaraya Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan juga disini. Kini bekerja sebagai kuli disebuah firma guaman milik seorang ahli politik di kawasan Damansara dengan gaji dibawah paras standard kemiskinan (bawah 3k). Aku juga bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi yang dapat berdiri dengan megah di Menara Gading (universiti)....namun aku hanya mampu berdiri dengan rasa gayat di menara Kuala Lumpur (KL Tower) itupun hanya sekali, nak pergi banyak kali tak mampu. Dan dalam bidang penulisan pula aku tidak pernah mengikuti mana-mana kelas penulisan secara formal (sebab itulah penulisan aku agak tunggang-langgang) hanya menulis mengikut kata hati (naluri) dan berpandukan (rujukan) kepada penulisan dari buku-buku yang aku pernah baca, kerana aku juga seorang ulat buku iaitu gemar membaca. Antara genre buku kegemaran aku adalah yang berkaitan dengan hal-hal mistik, seram dan Tasawuf.

Aku juga meminati hampir semua cabang seni, seperti lukisan, fotografi, persembahan, tarian dan muzik. Aku adalah seorang peminat muzik tegar, hampir semua jenis (genre), termasuk muzik tamil dan keroncong juga dangdut. Namun genre "favourite" aku adalah lagu "Rock", lebih-lebih lagi muzik "Metal".
Cukuplah setakat ini aku perkenalkan diri, akhir kata, terimalah kasih dariku atas kesudian anda melawat blog ini.
Sekian,
Wassalam.

Ulasan

  1. Salam tuan..
    Ada sedikit pertanyaan yang ingin ditanya.
    Boleh hubungi di nombor ini
    01110400380

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Wanita Menurut Kitab Tajul Muluk

Ciri-Ciri Wanita Yang Ada Dara Dan Tiada Dara

Makna Cahaya Dan Maksud Ingat Diri