Allah Sebagai Rakan Kongsi Perniagaan
Kisah benar yang di angkat dari perjalanan , seorang jutawan Mesir bernama Solah Atiyyah ketika beliau hendak memulakan perniagaan, yang mana beliau telah memasukkan Allah sebagai rakan kongsi perniagaan bersama lapan rakannya yang lain. Kisah ini begitu popular pada beberapa tahun yang lalu. Walaupun telah banyak blog lain yang telah menyiarkan kisah ini, namun saya ingin mengabadikan kisah ini didalam blog ini sebagai impirasi kepada diri saya sendiri dan juga kepada pembaca sekalian.
Pada permulaan ceritanya, ia terjadi di suatu daerah terpencil yang bernama Tafahna Asyraf, pekannya adalah di Mit Ghamr iaitu salah satu daerah yang bernaung di bawah negeri Daqahliah di Mesir.
Ia bermula apabila ada 9 orang sahabat yang telah pun tamat pengajian mereka di satu universiti pertanian dan ternakan di Mesir. Mereka ini mengalami masalah kewangan yang mencengkam hidup mereka. Sehinggalah mereka berazam untuk cuba mulakan hidup mereka dengan membuat suatu pekerjaan.
Maka mereka memilih untuk menternak ayam yang sesuai dengan kemahiran yang mereka ada. Tetapi, mereka mencari orang yang ke sepuluh untuk dijadikan rakan kongsi yang boleh mereka kongsikan. Setelah puas mencari orang ke sepuluh tetapi masih belum dapat.
Mereka bersembilan ini mula mengumpulkan modal setiap seorang sebanyak 200 pound Egypt.
Ir. Solah Atiyyah ketika muda |
Ada yang menjual gelang emas rantai isteri. 200 pound (RM50) atau junaih Mesir ini teramat amat sedikit sebenarnya. Tetapi bagi mereka amat besar untuk pertama kalinya mereka memulakan perniagaan.
Tiba tiba...datang salah seorang dari sahabat yang 9 orang ini yang bernama Ir. Solah Atiyyah. Solah Atiyyah ini berasal dari keluarga Faqir Miskin yg hidup dlm keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Diceritakan semasa kecilnya dia tidak pernah memakai baju baru. Bapanya hanya mampu membelikan baju “bundle” untuk mereka sekeluarga. Beliau berkata, "aku sudah temukan orang yang ke sepuluh yang bakal menyertai syarikat kita". Maka sahabat-sahabatnya pun bertanya, "siapa dia ?"
Maka Solah Atiyyah pun berkata;
" Dia adalah ALLAH..!!”
"Allah akan jadi yang ke sepuluh yang akan menyertai urusan perniagaan kita."
"Jika ada keuntungan, 10 % peratus kita beri pada Allah SWT dan kita sepakat untuk biarkan Allah menguruskan syarikat kita. Menjaga, melindungi, dan memberikan keamanan daripada dugaan dan keuntungan.”
Maka semua bersetuju dengan janji ini dan surat perjanjian pun ditanda-tangani. Dengan menjadikan Allah yang sebagai “ Share Holder” kesepuluh dalam syarikat ini dan 10 peratus dari keuntungan ini adalah hak milik Allah. Sebagai ganti, Allah menjaga segala apa-apa yang berkaitan dengan keamanan, keuntungan syarikat, maka selesai ditanda-tangani pada bulan itu. Maka bermulalah misi perniagaan mereka. Mereka mulakan dengan ladang ternakan Ayam secara kecil-kecilan.
Pusingan modal yang pertama itu menghasilkan keuntungan yang sangat besar dengan izin Allah. Masuk pusingan modal yang kedua, semua bersepakat untuk menaikkan peruntukkan hasil keuntungan sebanyak 20 peratus untuk Allah. Sehinggalah semakin hari semakin bertambah keuntungan perniagaan mereka. Suatu hari mereka menaikkan pula peruntukkan untuk Allah sebanyak 50 peratus dari hasil keuntungan.
Di sini ada persoalan, bagaimana caranya mereka menggunakan keuntungan yang di beri kepada yang kesepuluh itu iaitu Allah?
Iaitu dengan cara membina sekolah agama untuk peringkat tadika iaitu taska untuk kanak-kanak lelaki. Kemudian mereka membina pula sekolah agama tadika untuk kanak-kanak perempuan. Kemudian mereka membina maahad Al Azhar untuk peringkat rendah bagi lelaki. Kemudian mereka membina sekolah maahad Al Azhar rendah bagi perempuan.
Kemudian mereka membina maahad Al Azhar peringkat menengah untuk lelaki dan juga perempuan. Kemudian, disebabkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Mereka pun mula membangunkan Baitul Mal untuk membantu orang-orang susah. Kemudian mereka mula memikirkan untuk membina sebuah cawangan Universiti Al Azhar di dalam kampung itu.
Pada mulanya mereka mula membuka peluang kerja bagi yang memerlukan. Tetapi ramai yang menolak kerana kampung itu tidak ada pengangkutan yang mudah dan tiada stesen keretapi untuk menghubungkan mana-mana tempat dengan mudah serta kebiasaannya kuliah Universiti mestilah di bandar besar bukan di kampung.
Disebabkan tiada orang yang mahu berkerja di universiti yang di bangunkan. Mereka pun berfikir untuk membina sebuah stesyen keretapi yang memudahkan orang untuk datang ke kampung itu. Dan mereka pun membuka peluang kerja ini kepada sesiapa yang mahu. Dan untuk pertama kalinya, dalam sejarah Mesir terbinanya sebuah cawangan Universiti Al Azhar di dalam satu kampung yang kecil. Dan Universiti daripada satu, bertambah besar jadi dua, tiga dan empat.
Kemudian mereka membina Asrama untuk pelajar yang memuatkan seramai 600 orang pelajar dan mereka membina pula asrama pelajar yang memuatkan seramai 1000 orang pelajar. Mereka berjaya pula membuat stesyen keretapi. Sehinggakan para pelajar boleh mendapatkan tiket percuma untuk mereka pulang ke kampung. Mereka berjaya membina Baitulmal sehingga tiada seorang pun yang fakir di kampung itu.
Kemudian mereka cuba pula untuk buat perkara yang sama di kampung-kampung berhampiran. Sepanjang kerja ini berjalan, sekali pun Syeikh Ir Solah Atiyyah tidak menziarahi kampung ini melainkan ia hanya ziarah di Baitulmal yang di cipta oleh mereka. Syekh Solah berkerja di situ. Maka mereka dapat membantu orang fakir, janda-janda dan orang-orang yang tiada pekerjaan, diberi peluang kerja.
Disamping itu, mereka juga dapat mengagih-agihkan makanan berupa sayur sayuran, bijirin-bijirin hasil dari keuntungan, di beri kepada masyarakat yang memerlukan atau yang tidak memerlukan.
Pada bulan ramadan, mereka membuat iftar majlis berbuka puasa secara beramai-ramai di bawah khemah besar yang diberi kepada sesiapa sahaja yang datang. Kemudian mereka berjaya mengahwinkan perempuan-perempuan anak-anak yatim. Dan ini adalah sedikit sebanyak kebaikan yang di lakukan oleh mereka bersembilan antaranya adalah Syekh Solah Atiah.
Penghujungnya semua bersepakat yang syarikat mereka adalah milik Allah. Yang mana Ir. Solah Atiyyah ini telah menukar daripada asalnya Allah adalah rakan kongsi yang kesepuluh. Akhirnya, beliau telah meletakkan jawatan sebagai salah seorang pemegang Saham, dan bekerja sebagai pekerja biasa yg mendapat gaji bulanan seperti pekerja yang lain. Saham yang beliau miliki selama ini telah diserahkan 100% pada Allah. Akhirnya mereka menyerahkan sepenuhnya jiwa mereka untuk berkhidmat pada Allah membantu ummat tetapi mereka meletakkan syarat pada Allah, supaya Allah tidak memberikan mereka kefakiran.
Kisah-kisah ini tidak diceritakan dalam media-media tempatan. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 12hb January 2016 ketika berumur 70 tahun. Beliau dan rakan-rakannya telah menginfaqkan puluhan Juta pound Mesir untuk masyarakat setempat.
Dan inilah gambar jenazah Ir. Solah Atiyyah yang telah pun kembali ke rahmatullah.
Bilangan yang hadir untuk solat Jenazah beliau hampir setengah juta manusia. (Bawah)!
Masya Allah
BalasPadam