Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tauladan

Allah Sebagai Rakan Kongsi Perniagaan

Imej
Kisah benar yang di angkat dari perjalanan , seorang jutawan Mesir bernama Solah Atiyyah ketika beliau hendak memulakan perniagaan, yang mana beliau telah memasukkan Allah sebagai rakan kongsi perniagaan bersama lapan rakannya yang lain. Kisah ini begitu popular pada beberapa tahun yang lalu. Walaupun telah banyak blog lain yang telah menyiarkan kisah ini, namun saya ingin mengabadikan kisah ini didalam blog ini sebagai impirasi kepada diri saya sendiri dan juga kepada pembaca sekalian. Pada permulaan ceritanya, ia terjadi di suatu daerah terpencil yang bernama Tafahna Asyraf, pekannya adalah di Mit Ghamr iaitu salah satu daerah yang bernaung di bawah negeri Daqahliah di Mesir. Ia bermula apabila ada 9 orang sahabat yang telah pun tamat pengajian mereka di satu universiti pertanian dan ternakan di Mesir. Mereka ini mengalami masalah kewangan yang mencengkam hidup mereka. Sehinggalah mereka berazam untuk cuba mulakan hidup mereka dengan membuat suatu pekerjaan. Maka mereka mem

Sepotong Roti Penebus Dosa

Imej
Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: " Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti ." Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelimang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud. Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua be