Allah Sebagai Rakan Kongsi Perniagaan
Kisah benar yang di angkat dari perjalanan , seorang jutawan Mesir bernama Solah Atiyyah ketika beliau hendak memulakan perniagaan, yang mana beliau telah memasukkan Allah sebagai rakan kongsi perniagaan bersama lapan rakannya yang lain. Kisah ini begitu popular pada beberapa tahun yang lalu. Walaupun telah banyak blog lain yang telah menyiarkan kisah ini, namun saya ingin mengabadikan kisah ini didalam blog ini sebagai impirasi kepada diri saya sendiri dan juga kepada pembaca sekalian. Pada permulaan ceritanya, ia terjadi di suatu daerah terpencil yang bernama Tafahna Asyraf, pekannya adalah di Mit Ghamr iaitu salah satu daerah yang bernaung di bawah negeri Daqahliah di Mesir. Ia bermula apabila ada 9 orang sahabat yang telah pun tamat pengajian mereka di satu universiti pertanian dan ternakan di Mesir. Mereka ini mengalami masalah kewangan yang mencengkam hidup mereka. Sehinggalah mereka berazam untuk cuba mulakan hidup mereka dengan membuat suatu pekerjaan. Maka mereka mem