Kisah Wali Dari Lasem

Mbah_ma'shum
Mbah Masum bermimpi bertemu Rasulullah katika tidur di Stesyen Bojonegoro. Beliau kemudian bersalaman dengan Baginda Rasul, dan setelah bangun tangannya masih berbau wangi. Sejak itu hidup Mbah Masum berubah.
Kyai besar dan Wali Allah yang amat dihormati di kalangan umat Islam ini, yang biasa disapa Mbah Ma’shum, adalah salah satu dari dua Kyai yang berasal dari Lasem selain Kyai Baidhowi Abdul Aziz. Beliau senantiasa menjalin silaturahim, jujur, melindungi, menghormati tamu dan teguh menjaga kebenaran. Seluruh hidupnya diabdikan kepada masyarakat, terutama kaum papa. Beliau bahkan menganggap pengabdian ini sebagai jalan tarekatnya. Menurut Denys Lombard, ahli sejarah terkenal, “Mbah Masum
adalah seorang guru (kyai) dari Lasem yang kurang dikenali di peringkat nasional, namun kematiannya pada tahun 1972 menimbulkan goncangan hebat dari hujung jaringan ke hujung jaringan lainnya.”

Nama sebenarnya adalah Muhammadun, dianggarkan lahir sekitar tahun 1870. Ayahnya bernama Ahmad, seorang saudagar. Dari susur galur ayahnya, beliau masih pertalian darah dengan Sultan Minangkabau, dan silsilahnya bersambung hingga ke Rasulullah.

Ibunya bernama Nyai Qosimah. Mbah Ma’shum mempunyai dua saudara, yakni Nyai Zainab dan Nyai Malichah. Sejak kecil Mbah Ma’shum telah dikirim ke beberapa pesantren (sekolah pondok) untuk mendalami ilmu agama, di antaranya kepada Kyai Nawawi Jepara, Kyai Ridhwan Semarang, Kyai Umar Harun Sarang, Kyai
Abdus Salam Kajen, Kyai Idris Jamsasren Solo, Kyai Dimyati Termas, Kyai Hasyim Asy’ari Jombang dan Kyai Kholil Bangkalan. Di Mekah beliau berguru kepada Syekh Mahfudz al-Turmusi dari Termas. Tanda-tanda keutamaan Mbah Ma’shum telah diketahui secara kasyaf oleh Mbah Kholil Bangkalan, seorang wali Qutub yang amat masyhur.

Dikisahkan, sehari sebelum kedatangan Mbah Ma’shum ke Bangkalan, Mbah Kholil menyuruh para santri (murid) membuat kurungan ayam.
Kata Mbah Kholil, “Tolong buatkan aku kurungan ayam jago (laga), esok akan ada ayam jago dari tanah Jawa yang datang ke sini.”
Ketika Mbah Ma’shum datang, yang saat itu usianya sekitar 20-an, beliau terus dimasukan ke dalam kurungan ayam itu. Mbah Ma’shum disuruh oleh Mbah Kholil untuk mengajar kitab Alfiyah selama 40 hari. Yang peliknya, Mbah Ma’shum mengajar dari sebuah bilik tanpa lampu, sedangkan santri-santrinya (murid-murid) berada di luar. Mbah Ma’shum hanya menetap 3 bulan di Bangkalan. Ketika hendak
pulang, Mbah Kholil memanggilnya dan didoakan dengan doa sapu-jagad.

Kemudian, ketika beberapa langkah Mbah Ma’shum berjalan hendak pergi, beliau dipanggil sekali lagi oleh Mbah Kholil dan didoakan dengan doa yang sama. Hal ini terjadi berulang hingga 17 kali. Mbah Ma’shum bernikah sebanyak dua kali, nama isteri pertama ada beberapa versi, sedangkan isteri kedua adalah Nyai Nuriyah. Putra pertama Mbah Ma’shum, Kyai Ali Ma’shum, di kemudian hari menjadi pemimpin Pesantren Munawwir Krapyak, Yogyakarta, dan menjadi salah satu tokoh NU (Nahdatul Ulama) yang terkenal di peringkat nasional.

Bertemu Nabi
Sejak muda Mbah Ma’shum sudah hidup zuhud. Beliau juga pernah menjadi peniaga baju, hasil jahitan Nyai Nuri, juga pernah menjual nasi
pecel, lampu petromak, sudu, garpu, konde dan peniti. Dalam berniaga beliau juga menyempatkan diri untuk mengajar umat dan secara rutin berkunjung ke Tebuireng untuk
mengaji kepada Kyai Hasyim Asy’ari, walau dari segi usia Mbah Ma’shum lebih tua. Mbah Ma’shum berhenti berniaga setelah bermimpi bertemu Rasulullah beberapa kali, di mana Baginda Rasul menasihatinya agar meninggalkan perniagaan dan beralih menjadi pengajar umat. Mimpi itu terjadi di beberapa tempat, di stesyen Bojonegoro, ketika antara tidur dan terjaga, beliau berjumpa Baginda Rasul yang memberinya nasihat, "La khayra illa fi nasyr al-ilmi" (Tiada kebaikan kecuali menyebarkan ilmu).

Beliau juga bermimpi bersalaman dengan Baginda Rasulullah, dan setelah bangun tangannya masih berbau wangi. Beliau juga
bermimpi bertemu nabi sedang membawa senarai sumbangan untuk pembangunan pesantren, dan berpesan kepada Mbah
Ma’shum, “Mengajarlah … dan segala keperluanmu Insya Allah akan dipenuhi semuanya oleh Allah.” Ketika berbincang dengan Kyai Hasyim Asy’ari, yang biasa
memanggil Mbah Ma’shum dengan sebutan Kangmas Ma’shum kerana hubungan mereka yang sangat akrab, mengatakan mimpi itu sudah jelas dan tak perlu lagi ditafsirkan lagi.

Setelah mimpi-mimpinya itulah beliau menetap di Lasem dan istiqamah mengajar. Sebelum mendirikan pesantren, beliau terlebih dahulu melakukan ziarah ke beberapa makam Wali Allah, seperti makam Habib Ahmad ibn Abdullah ibn Tholib Alatas, Sapuro, Pekalongan.

Menurut Mbah Ma’shum, saat berziarah pada malam Juma’at, Habib Ahmad Alatas menemuinya dan memimpin doa bersama.
Setelah itu Mbah Ma’shum berkeliling kota meminta sumbangan, dan berhasil mendapatkan sejumlah wang yang diperlukan untuk mendirikan pesantren. Selain ke makam Habib Ahmad, beliau juga sering mendatangi
haul Habib Ali Kwitang, Jakarta, dan ke makam Mbah Jejeruk (Sultan Mahmud) di Binangun Lasem. Setiap kali berziarah ke makam Mbah Jejeruk ini Mbah Ma’shum selalu membaca
Selawat Nariyah 4444 kali dalam sekali duduk.
Mbah Ma’shum juga istiqamah mengamalkan doa Nurun Nubuwwah selepas solat Subuh dan Ashar.

Setelah beberapa lama mengembangkan pondok, pesantrennya kemudian dinamakan Pesantren al-Hidayat. Tetapi ketika pencerobohan Belanda pada tahun 1949 membuat Mbah Ma’shum terpaksa melarikan diri, dan pesantren mengalami masa statik sehingga situasi kembali tenang dan aman. Mbah Ma’shum selama mengajar banyak berperanan aktif secara langsung dalam pendidikan santrinya. Beliau juga memiliki kebiasaan mengajar beberapa kitab yang
diajarkan terus-menerus dan berulang-ulang, maknanya jika kitab itu telah khatam, maka akan dimulakan lagi dari awal. Di antaranya adalah pelajaran al-Qur’an, Fathul Qarib, Fathul Wahhab, Jurumiyah, Alfiyah, al-Hikam ibn Athaillah, dan Ihya Ulumuddin.

Dua Tahun Lagi Mati
Dalam mengajar santri Mbah Ma’shum amat berdisiplin dan istiqamah, sebab istiqamah adalah lebih utama berbanding seribu karamah. Beliau juga tak segan-segan menegur khatib Jum’at yang khutbahnya terlalu lama dengan cara bertepuk tangan. Banyak muridnya yang menjadi kyai besar, seperti Kyai Abdul Jalil
Pasuruan, Kyai Abdullah Faqih Langitan, Kyai Ahmad Saikhu Jakarta, Kyai Bisri Mustofa Rembang, Kyai Fuad Hasyim Buntet Cirebon, dan banyak lagi. Sebagai kyai NU beliau juga gigih berjuang mendukung membesarkan NU bersama kyai-kyai lainnya. Beliau amat mencintai organisasi ini, sehingga beliau menyatakan tidak ridho jika anak keturunannya tidak mengikuti NU. Bahkan Mbah Ma’shum sendiri selalu didatangi oleh ramai kyai jika ada urusan penting dalam pertubuhan NU untuk meminta nasihat dan doanya. Misalnya ketika hangatnya pembentukan Jam’iyyah Thariqah al--Mu’tabarah al--Nahdliyah, Mbah Ma’shum
termasuk yang setuju, dan bahkan menjadi salah seorang “petinggi” organisasi tarekat itu, walaupun beliau sendiri tidak mengamalkan
praktik-praktik tarekat.

Menurutnya, “Saya sudah menggunakan tarekat langsung dari Baginda Nabi Muhammad, yakni berupa Hubb al-Fuqara wa al-Masakin (mencintai kaum fakir miskin).” Selain itu banyak pula tokoh lain yang datang kepada beliau untuk meminta doa restu. Hal ini juga dilakukan oleh Profesor Kyai Haji Mukti Ali saat diangkat menjadi menteri agama. Mbah Ma’shum bersedia mendoakan Mukti Ali jika dia mahu mengikuti saranannya, yang salah satunya menunjukkan kebesaran jiwanya: “Engkau jangan sekali-kali membenci NU. Sebab membenci NU sama dengan membenci aku kerana NU itu saya yang mendirikan bersama-sama ulama lain. Tetapi engkau pun jangan pula membenci Muhamadiyyah. Jangan pula membenci PNI dan parti lain. Kau harus dapat berdiri di tengah-tengah dan berbuat adil terhadap mereka.”

Ketika timbul huru-hara PKI (Parti Komunis Insonesia), Mbah Ma’shum terpaksa melakukan
perjalanan dari kota ke kota, kerana beliau termasuk tokoh yang dikehendaki untuk dibunuh oleh PKI. Mbah Ma’shum wafat pada 28 April 1972 (14 Robiul Awal 1392 H) jam 2 petang, setelah solat Juma’at. Upacara pemakamannya dibanjiri orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir. Pemakamannya dihadiri oleh ramai tokoh ulama, pegawai tinggi parti politik dan pejabat pemerintah. Karamah Sebagaimana umumnya para Wali Allah, Mbah Ma’shum juga dikurniakan karamah. Beliau
tahu bila dirinya akan meninggal. Ketika Kyai Baidhowi wafat pada 11 Desember 1970, Mbah Ma’shum menyatakan bahwa 2 tahun lagi dirinya akan wafat, perkataannya ini menjadi kenyataan. Menurut seorang saksi, Mbah Ma’shum ketika di depan jenazah Mbah Baidhowi, beliau seperti berbicara dengan almarhum, dan berkata, “Ya, 2 tahun lagi saya akan menyusul.”

Karamah lainnya adalah firasat yang tajam, mengetahui isi fikiran orang. Ada satu kisah karamah lain yang menunjukkan ketinggian
kedudukan spiritualnya. Dikisahkan bahawa suatu waktu selesai solat Dhuha, beliau diurut oleh santrinya yang bernama Ahmad hingga tertidur. Tiba-tiba di luar bilik terdengar ada tamu menyampaikan salam. Ada sembilan orang tetamu berwajah habaib, duduk melingkar di ruang tamu. “Mbah Ma’shum ada?” tanya salah satu dari mereka. Oleh Ahmad dijawab masih tidur, sambil menawarkan untuk
membangunkannya. “Tidak usah,” kata tetamu itu. Lalu para tetamu itu bercakap antara satu sama lain dengan bahasa yang pelik, kemudian
mereka membaca selawat lalu minta diri. Ketika para tetamu beranjak keluar, Mbah Ma’shum memanggil Ahmad. “Ada apa Mad?” Setelah dijelaskan, Mbah Ma’shum menyuruh Ahmad memanggil tetamunya itu. Namun dalam waktu sesingkat itu para tamu itu sudah menghilang. Kemudian Mbah Ma’shum memberi tahu bahawa mereka adalah Sunan Ampel dan 8 Wali
lainnya.

Subhanallah, Inilah sebahagian dari kisah karomah Mbah Ma’shum, semoga dengan kisah ini dapat bermanfaat dan mengambil
pelajaran dari karomah almarhum Mbah Ma’shum.
Wallahu a'lam bisshawab.

Penulis Asal : Accelanie Addiee

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Wanita Menurut Kitab Tajul Muluk

Ciri-Ciri Wanita Yang Ada Dara Dan Tiada Dara

Makna Cahaya Dan Maksud Ingat Diri