Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ulama

Kisah Wali Dari Lasem

Imej
Mbah Masum bermimpi bertemu Rasulullah katika tidur di Stesyen Bojonegoro. Beliau kemudian bersalaman dengan Baginda Rasul, dan setelah bangun tangannya masih berbau wangi. Sejak itu hidup Mbah Masum berubah. Kyai besar dan Wali Allah yang amat dihormati di kalangan umat Islam ini, yang biasa disapa Mbah Ma’shum, adalah salah satu dari dua Kyai yang berasal dari Lasem selain Kyai Baidhowi Abdul Aziz. Beliau senantiasa menjalin silaturahim, jujur, melindungi, menghormati tamu dan teguh menjaga kebenaran. Seluruh hidupnya diabdikan kepada masyarakat, terutama kaum papa. Beliau bahkan menganggap pengabdian ini sebagai jalan tarekatnya. Menurut Denys Lombard, ahli sejarah terkenal, “Mbah Masum adalah seorang guru (kyai) dari Lasem yang kurang dikenali di peringkat nasional, namun kematiannya pada tahun 1972 menimbulkan goncangan hebat dari hujung jaringan ke hujung jaringan lainnya.” Nama sebenarnya adalah Muhammadun, dianggarkan lahir sekitar tahun 1870. Ayahnya bernama Ahmad, seora

Ulama Dan Ilmu

Imej
Kenapa orang-orang islam sekarang semakin lemah? Kemana hilangnya kekuatan umat islam kini? Sedangkan sekarang ini ramai ulama-ulama baru yang muncul dengan berbagai pendekatan dalam menarik masyarakat mendekati islam malah ada yang masih muda-belia telah muncul dengan gelaran imam dan ustaz muda. Apakah kekurangan mereka sehingga gagal untuk menarik golongan  sasaran. Walaupun mereka begitu petah bersyarah dan berceramah namun mereka masih kekurangan aura kerana islam mereka tidak lengkap. Dan mereka-mereka ini sebenarnya cantik diluar tetapi kosong dari dalaman. Mereka ini hanya melihat agama hanya dari luar. Maksudnya tidak dilengkapi ilmu tasawuf atau ilmu hakikat. Lagi pula mereka ini banyak menolak dan menafikan apa telah dibawa oleh ulama-ulama atau para wali-wali terdahulu. Contohnya seperti amalan-amalan tariqat, wirid-wirid tertentu dalam medekatkan diri dengan Allah swt. Kerana mereka beranggapan wirid atau amalan yang berlebihan akan menjadikan seseorang itu tidak waras ata