Ulama Dan Ilmu
Kenapa orang-orang islam sekarang semakin lemah? Kemana hilangnya kekuatan umat islam kini? Sedangkan sekarang ini ramai ulama-ulama baru yang muncul dengan berbagai pendekatan dalam menarik masyarakat mendekati islam malah ada yang masih muda-belia telah muncul dengan gelaran imam dan ustaz muda. Apakah kekurangan mereka sehingga gagal untuk menarik golongan sasaran. Walaupun mereka begitu petah bersyarah dan berceramah namun mereka masih kekurangan aura kerana islam mereka tidak lengkap. Dan mereka-mereka ini sebenarnya cantik diluar tetapi kosong dari dalaman. Mereka ini hanya melihat agama hanya dari luar. Maksudnya tidak dilengkapi ilmu tasawuf atau ilmu hakikat. Lagi pula mereka ini banyak menolak dan menafikan apa telah dibawa oleh ulama-ulama atau para wali-wali terdahulu. Contohnya seperti amalan-amalan tariqat, wirid-wirid tertentu dalam medekatkan diri dengan Allah swt. Kerana mereka beranggapan wirid atau amalan yang berlebihan akan menjadikan seseorang itu tidak waras atau gila isim. Jadi bagaimana pula pula orang-orang terdahulu yang juga belajar sehingga ke tanah Arab seperti Mesir Jordan dan Iraq. Juga mereka menafikan kekeramatan yang diperolehi oleh para wali tersebut iaitu perbuatan yang mencarik adat, seperti terapung di udara, berjalan sepantas kilat (melipat bumi), kebal dan sebagainya. Sehinggakan sesiapa sahaja yang mampu melakukan perkara tersebut akan dianggap menggunakan sihir, termasuklah para wali dan ulama terdahulu yang telah difitnah menggunakan sihir. Golongan seperti ini hanya merosakkan dan mematahkan semangat umat islam bagi mempelajari dengan lebih mendalam tentang ilmu yang telah dipakai oleh para wali-wali dan ulama terdahulu. Lihatlah bagaimana umat islam yang dahulunya kuat serta digeruni, kini hanya bagaikan buih dilautan, sebagaimana yang telah disabdakan dalam Nabi SAW.
Ulama-ulama sekarang lebih banyak menyibukkan diri dengan hukum-hakam tanpa menerapkan kekuatan rohani. Mereka seolah-olah tidak memahami kekuatan melalui cara mana, mana mungkin hanya dengan mendengar ceramah sepanjang masa akan menguatkan rohani umat. Kalau benar sudah tentu ramai umat islam yang menjadi baik, malah sebaliknya dan lebih buruk lagi perangai umat islam dari orang kafir sendiri. Dan yang datang atau yang menonton ceramah dan syarahan ditv atau di pentas-pentas terbuka adalah orang-orang yang sememangnya sudah baik atau orang-orang tua yang telah bertaubat kerana faktor usia. Apakah peranan ulama-ulama pada masa ini? Selain mengeluarkan fatwa dan mengajak orang-ramai menjadi baik dengan menggunakan skrip yang sama dari dulu sampai sekarang, tanpa pengisian dalam menguatkan jiwa. Bersyarah hanya sekadar hafal buku dan kemudian dibacakan kepada orang-ramai yang kemudiannya habis disitu sahaja. Nak lagi sedap selitkan dengan sedikit lawak maka akan berduyun-duyunlah orang datang ingin mendengar lawak jenaka dari ustaz tersebut (dah macam tengok "maharaja lawak" pula).
Jadi pengisian yang bagaimanakah yang dimaksudkan? Mengikut Ulama-ulama terdahulu islam itu terbahagi kepada empat (bukan Mahzab ya), iaitu Syariat, Thariqat, Hakikat dan Ma'rifat. Yang mana kita sebagai umat sebaik-baiknya melengkapi diri dengan empat tahap atau cara tersebut. Dan kita tidak seharusnya hanya menumpukan kepada amalan syariat sahaja kerana syariat itu lebih kepada undang-undang atau peraturan dalam menjalankan kewajiban dari segi luaran, iaitu antaranya bagaimana caranya mengambil wuduk dengan betul, apa yang membatalkan sembahyang, atau apa hukumnya bergerak terlalu banyak didalam sembahyang dan sebagainya. Walaupun ulama-ulama sekarang ramai juga yang belajar dan mengkaji mengenai empat perkara tersebu termasuklah usuluddin dan tasawuf, tetapi mereka mempelajarinya secara hafalan atau teori bukan melalui amali (praktikal). Itu sebabnya mereka banyak menjatuhkan hukum kerana mereka tidak memahami duduk perkara tersebut, contoh seperti rasa zouk, rasa fana', keadaan alam malakut atau alam jin. Oleh kerana itu apabila mereka melihat sesuatu yang pelik mereka menganggap perkara itu terhasil dari perbuatan jin atau sihir. Begitu juga dengan Muhammad dan wahyu yang selalu disebut oleh orang-orang hakikat sebagai masih ada sehingga ke hari ini. Mengikut ahli hakikat alam ini terbahagi kepada dua, iaitu Zahir dan Batin (Hakikat dan Syariat), sebagaimana Allah menjadikan setiap makhluk berpasang-pasangan, seperti lelaki dan perempuan, siang dan malam, luar dan dalam dan sebagainya. Maka dengan mengetahui dan mengamalkan yang empat tersebut barulah kita dapat membersihkan diri secara luar dan dalam. Mungkin diantara kita pernah melihat orang hendak pergi ke mesjid tergopoh-gapah hendak cepat supaya tidak terlepas sembahyang berjemaah, dan pernahkah anda mendengar atau membaca yang mana Rasulullah SAW pernah bersabda supaya tidak tergocoh-gocoh mengejar sembahyang berjemaah, baginda menasihatkan supaya pergilah dengan tenang walupun kamu terlambat. Jadi dari sini kita boleh melihat bagaimana peribadi rasulullah tentang kesabaran dan ketenangan.
Sedangkan ramai dari kalangan kita tidak tinggal sembahyang lima waktu tetapi tidak dapal mengawal nafsu mereka. Dalam Islam banyak disinggung mengenai nafsu ini. Tetapi bolehkah kita mengawal nafsu atau keinginan kita dengan mendengar ceramah tanpa tahu caranya menghapuskan atau menundukkan nafsu tersebut. Ramai ulama berkata malah Nabi SAW sendiri menyarankan supaya berpuasa jika tidak mampu mengawal nafsu. Namun jika kita perhatikan ramai orang Islam yang berpuasa di bulam Ramadhan masih tidak dapat mengawal nafsu mereka dengan baik, walaupun mampu berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadhan. Oleh itu, empat perkara tersebutlah mampu melengkapkan diri kita secara zahir dan batin. Sebagaimana kata seorang guru hakikat: "Dimana banyak Firman disitu banyak Kuman, Dimana banyak Hadis disitu banyak Kudis". Maksudnya adalah agama ini bukanlah tentang banyak mana amalan kita atau berapa banyak kita dapat pahala atau berapa kerap kita mendengar ceramah. Agama islam adalah agama untuk difahami, bukan sekadar mengikut apa yang orang kata. Dalam islam setiap perbuatan haruslah ada pemahaman terhadap setiap apa yang kita buat atau amal, barulah kita menjadi muslim sebenar. Contohnya puasa, untuk apa kita kita berpuasa, adakah kerana itu salah satu dari rukun islam maka kita pun berpuasa? Atau seperti yang kita dengar dalam ceramah ustaz-ustaz popular, puasa itu adalah merasakan kesusahan orang-orang miskin yang kelaparan, benarkah demikian?
Menurut fahaman orang hakikat, puasa itu adalah untuk menzahirkan yang hakikat, hakikat yang tidak makan dan minum, hakikat itu yang mana? Banyak lagi yang kurang pada kefahaman umat Islam dewasa ini. Sebab itulah banyak terjadinya anak-anak muda Islam yang hanyut dan rosak akhlaknya kerana tiadanya roh islam pada diri mereka dan lagi kerana jauhnya kefahaman mereka tentang Islam. Malah orang-orang yang dah berumur pun hanya mendalami agama ketika usia telah berada hampir di penghujung, tetapi masih belum terlambat kerana Allah Maha berkuasa sebagai pemberi petunjuk dan hidayah.
Kesimpulannya, marilah mendalami agama Islam, kerana Islam bukanlah untuk orang-orang yang berfikiran sempit yang hanya melihat dari satu sudut sebagaimana dajjal yang melihat dengan satu mata. Belajar dengan tekun dan beramal dengan faham sehingga mendapat petunjuk dari Allah swt. Jangan belajar sekerat jalan kerana takut dengan kata-kata orang lain mengenai isim atau sesat. Sesat adalah kerana tidak memahami.
Disini saya banyak menulis tentang Sembahyang bukan Sholat, kenapa?
Sebab sembahyang dan solat juga mempunyai pengertian yang berbeza. InsyaAllah mungkin dilain kali akan diulas mengenainya.

Ulasan
Catat Ulasan