Ulama Dan Ilmu
Kenapa orang-orang islam sekarang semakin lemah? Kemana hilangnya kekuatan umat islam kini? Sedangkan sekarang ini ramai ulama-ulama baru yang muncul dengan berbagai pendekatan dalam menarik masyarakat mendekati islam malah ada yang masih muda-belia telah muncul dengan gelaran imam dan ustaz muda. Apakah kekurangan mereka sehingga gagal untuk menarik golongan sasaran. Walaupun mereka begitu petah bersyarah dan berceramah namun mereka masih kekurangan aura kerana islam mereka tidak lengkap. Dan mereka-mereka ini sebenarnya cantik diluar tetapi kosong dari dalaman. Mereka ini hanya melihat agama hanya dari luar. Maksudnya tidak dilengkapi ilmu tasawuf atau ilmu hakikat. Lagi pula mereka ini banyak menolak dan menafikan apa telah dibawa oleh ulama-ulama atau para wali-wali terdahulu. Contohnya seperti amalan-amalan tariqat, wirid-wirid tertentu dalam medekatkan diri dengan Allah swt. Kerana mereka beranggapan wirid atau amalan yang berlebihan akan menjadikan seseorang itu tidak waras ata