Rahsia Wanita Menurut Kitab Tajul Muluk

Perempuan
Pengaruh Empat Unsur (Air, Api, Angin Dan Tanah) 
a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh
c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR 
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.

Tabiat Wanita Mengikut Hari Lahir
Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan
pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti
dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu
rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta.
Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta,suka menyelidik latar-belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus
tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah
suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Rahsia Pada Bentuk Bibir Wanita
Wanita yang punya bibir segar dan kemerahan kesihatannya baik, pandai menjaga tubuh, bersifat periang dan fikiran terbuka, senang bergaul dengan sesiapa sahaja, manja dan penuh ghairah, ingin dibelai, biasanya
merangsangkan.
Wanita yang bibirnya selalu terbuka amat kuat nafsu syahwatnya, suka bertukar pasangan, tapi berdisiplin dalam kerja, selalu dapat kejayaan, pandangan luas, optimis, mudah jatuh cinta dan tergila-gila.
Wanita yang tebal bibirnya pula sukakan kemesraan, suka kebebasan, berfikiran terbuka, gemar cakap soal cinta dan seks, dapat memberi kesenangan, suka mencemuh dan membuat malu, tidak suka berpura-pura, kuat meyimpan rahsia, kuat bersolek, kurang ambil berat pada suami, rumahtangga dan anak-anak.
Wanita yang bibirnya biru kata-katanya tidak dapat dipercayai, sering ingkar, tidak bertanggungjawab, cerewet dan selalu mahu bertengkar.
Wanita yang bibirnya nipis banyak cakap, suka bercakap ikut suka, membuat sesuatu perkara tanpa berfikir, degil, pandai merayu, kata-katanya menawan, pandai berpura, nafsu syahwatnya cukup besar, yakin kepada diri sendiri.
Wanita yang bibirnya kecil molek itu punya gaya lincah mempesona, bersifat keanakan, manja, selalu minta dibelai dan dilindungi, kalau tidak dapat yang dipinta, selalu buat kerenah, selalu bergantung, pendirian tidak tetap, was-was, mudah tergoda, boleh jadi ibu yang baik, sangat cerewet, nafsu syahwatnya
cukup besar tetapi jarang puas, sikapnya terbuka.
Mata-perempuan

Rahsia Pada Corak Biji Mata Hitam
Mungkin kita tidak sedar bahawa biji mata hitam wanita itu berbeza coraknya. Terdapat tiga corak kesemuanya iaitu Corak Sungai, Corak Bunga dan Corak Permata. Ada juga insan yang punya corak mata kombinasi dari tiga corak ini
tapi jarang ditemui. Jika kita punyai corak mata tertentu, kita biasanya suka mencari pasangan yang lain corak matanya, tanpa kita sedari.
Biji mata hitam Corak Sungai itu bagaikan sungai yang mengalir ke arah luar dari
tengah biji mata dalam keadaan berbaris-baris yang tersusun. Ianya dipunyai oleh wanita yang pendiam, yang suka menjauhkan diri dan sensitif. Wanita seperti ini akan dapat merasakan perubahan cuaca, atau perubahan dalam dirinya dan juga sensitif terhadap perasaan orang lain. Wanita seperti ini mudah
tersinggung dan sukar berbohong kepadanya kerana dia boleh merasakan sejauh mana kebenarannya. Derianya yang paling tajam ialah sentuhan.
Biji mata hitam Corak Bunga pula adalah cantik sebagaimana kelopak-kelopak bunga mengelilingi tengah biji mata. lanya dipunyai oleh wanita yang mudah meluahkan kehendak emosinya. Dia akan cepat bertindak tanpa menunggu disuruh. Dia biasanya sensitif terhadap rupa sesuatu benda dan merasa tidak
selesa apablia bekerja dalam suasana yang tidak menyenangkan penglihatannya. Derianya yang paling tajam ialah penglihatan.

Begitulah sebahagian dari tafsiran rahsia wanita menurut kitab Tajul Muluk, namun begitu tafsiran ini bukanlah tepat sepenuhnya dan tidak seharusnya jika ingin mencari pasangan berpandukan kepada tafsiran kitab ini. Lagi pula tafsiran ini menimbulkan satu fitnah jika mempercayainya seratus-peratus, kerana kajian kitab ini adalah menurut orang yang hidup pada zaman dahulu yang mana pemikiran, pergaulan dan pendidikan wanita-wanita pada zaman tersebut adalah jauh berbeza dengan zaman sekarang.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ciri-Ciri Wanita Yang Ada Dara Dan Tiada Dara

Makna Cahaya Dan Maksud Ingat Diri