Kisah Hidup Nabi Nuh A.S. (Bahagian 1)


Nama Sebenar Nabi Nuh A.S.
Dia adalah Nuh bin Lamak bin Matusyalkha bin Idris As. Imam al-Kisai berkata: "Nama sebenarnya Nabi Nuh adalah Abdul Ghaffar atau Yasykur". Dinamakan Nuh, menurut suatu pendapat, adalah kerana ia melihat anjing yang mempunyai empat mata. Lalu Nabi Nuh mengatakan: "Anjing ini sangat buruk-menjijikkan". Ternyata anjing itu berkata pada Nabi Nuh: "Wahai Abdul Ghaffar, engkau menghina ukiran ataukah Yang Mengukir? Jika hinaan itu kau utarakan pada ukiran, maka jelas (memang demikian adanya). Namun jika itu ditujukan padaku maka aku enggan memilih menjadi anjing. Dan jika hinaan tadi tertuju pada Pengukir maka hinaan itu tidaklah layak, kerana Ia Maha Berkehendak atas apa yang dikehendakiNya". Oleh kerana kata-kata tadi maka Abdul Ghaffar pun terus menangis, menangisi kesalahan dan dosanya. Kerana kekerapannya menangis maka dinamakanlah dia dengan sebutan "Nuh" (menangis). Hal ini sebagaimana yang diceritakan oleh Imam as-Saddi.

Wahb bin Munabbih berkata: "Ketika Nabi Nuh As. berusia 480 tahun datanglah Malaikat Jibril As. padanya. Nabi Nuh As. bertanya: “Siapakah engkau wahai lelaki tampan?” Jibril As. menjawab: "Saya adalah utusan Tuhan semesta alam, datang padamu membawa risalah. Sungguh Allah telah mengutusmu untuk umatmu".
Sebagaimana Allah Swt. berfirman dalam QS. Nuh ayat 1:
اِنَّاۤ اَرْسَلْنَا نُوْحًا اِلٰى قَوْمِهٖۤ اَنْ اَنْذِرْ قَوْمَكَ مِنْ قَبْلِ اَنْ  يَّأْتِيَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ

"Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya."
(QS. Nuh 71: Ayat 1)

Lalu Jibril As. memakaikan baju mujahidin dan melilitkan serban kemenangan serta memberinya tali pinggang “Saiful ‘Azmi” seraya berkata padanya: “Berilah peringatan pada musuh Allah yang bernama Darmasyil bin Fumail bin Jij bin Qabil bin Adam.” Konon, Darmasyil adalah raja yang zalim. Dia adalah manusia pertama yang memerah arak dan meminumnya, manusia pertama yang bermain judi dan manusia pertama yang membuat baju dengan dihiasi emas. Dia dan kaumnya adalah penyembah lima berhala; Wad, Siwa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr, sebagaimana disebutkan juga nama-nama itu dalam al-Quran. Berhala-berhala utama ini dikelilingi oleh 1700 berhala lainnya. Berhala itu juga dibuatkan rumah yang dibuat dari marmar berwarna-warni.

Setiap satu rumah panjangnya mencapai 1000 dzira’, begitu pula lebarnya. Pada berhala-berhala itu juga terdapat kerusi-kerusi yang terbuat dari emas. Di dalamnya terdapat berbagai macam perhiasan yang megah. Dan juga ada seorang pelayan yang bertugas melayaninya siang dan malam. Selain itu, juga diadakan hari raya untuk mereka, yang diperingati setiap tahun. Keluarlah Nabi Nuh pada hari raya tersebut. Sedangkan mereka menyalakan api di sekitar para berhalanya, mempersembahkan korban, lalu mereka bersujud memuliakan berhala-berhala itu. Dibawakan pula berbagai alat muzik, gong ditabuh dan menari-nari berpesta ria sambil meminum arak. Pesta seks pun dilakukan secara terang-terangan. Mereka memperlakukan wanita seperti haiwan.

Permulaan Dakwah Dan Gelaran "Ulul Azmi" Yang Pertama
Tatkala Nabi Nuh As. mendatangi kaumnya, ia berdiri di atas jurang seraya  menengadahkan kepalanya ke atas seraya berdoa dengan doa wasilah berikut: الهي أسأ كل أن تنرصين علهيم بنور محمد صىل هللا عليه وسمل
"Ya Allah, kumohon pertolongan padaMu dengan berkat Nur Muhammad Saw".
Melihat jumlah kaum Nabi Nuh As. yang begitu banyaknya, berserulah beliau dengan sekuat tenaga dan berkata: "Wahai kaumku, kedatanganku ini adalah atas perintah dari Tuhan semesta alam. Saya mengajak kamu semua untuk menyembah hanya kepadaNya dan meninggalkan penyembahan terhadap berhala-berhala itu".

Seruan Nabi Nuh ini begitu lantang dan menggegarkan sehingga terdengarlah dari segala penjuru, dari hujung barat sampai ke hujung timur. Kerana seruannya itu pula berjatuhanlah berhala-berhala itu dari kerusinya. Terkejutlah semua pelayan kerajaan. Bahkan raja Darmasyil hingga pengsan oleh seruan itu. Setelah raja sedar, ia bertanya kepada orang-orang di sekelilingnya: "Suara apakah itu?" Dijawab oleh salah seorang dari mereka: "Itu adalah suara seorang lelaki yang bernama Nuh. Dia adalah orang gila yang akalnya sudah tidak normal lagi".

Akhirnya raja memerintahkan para perajuritnya agar membawa Nabi Nuh ke hadapannya. Ketika Nabi Nuh As. sudah berada di hadapannya, raja pun bertanya: "Siapa kamu?" Dijawab: "Saya adalah Nuh, utusan Tuhan semesta alam. Saya datang ke sini membawa risalah agar kalian semua beriman kepada Allah dan meninggalkan semua berhala itu".
Lalu raja berkata: "Jika kamu gila, maka saya akan mengobatimu. Jika kamu fakir, maka saya akan mencukupkan harta untukmu. Dan jika kamu adalah orang yang terlilit hutang, maka saya akan melangsaikan semua hutangmu".
Nabi Nuh As. menjawab: "Saya tidak gila, tidak juga fakir, tidak pula terlilit hutang. Saya adalah utusan Tuhan semesta alam".

Nabi Nuh As. adalah rasul (utusan) Allah yang pertama masuk ke dalam golongan "Ulul ‘Azmi". Allah mengutusnya kepada kaum Qabil, kaum yang sangat melampau dalam menyembah berhala dan dengan sengaja memperlihatkan kesyirikan kepada Allah. Kerana itulah Nabi Nuh As. mengajak mereka untuk beriman dan mengEsakan Allah semata-mata serta mengajak mereka untuk berikrar dengan kalimat:
ال اهل الا هللا و أن نوحا رسول هللا
"Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nuh adalah utusan Allah".
Ketika raja mendengar ucapan itu, menjadi murkalah ia dan berkata: "Seandainya hari ini bukanlah hari raya pasti akan saya bunuh kamu secara mengerikan".

Isteri, Anak-Anak Dan kesukaran Berdakwah
Diriwayatkan bahawa, saat itu hanya ada satu orang yang beriman kepada Nabi Nuh As. Dia adalah seorang wanita bernama Amrah. Lalu Nabi Nuh As. menikahinya dan dikaruniakan 6 orang anak, 3 putra dan 3 putri: Sam Ham, Yafus, Haswah, Sarah dan Bahyurah. Setelah itu ada pula seorang wanita yang beriman , yaitu Wal’ab binti ‘Ajuwel. Ia juga dinikahi oleh Nabi Nuh As. dan dikarunia 2 putra: Balus dan Kan’an. Namun kemudian wanita itu kembali lagi kepada agama asalnya setelah ia memeluk Islam. Kemudian ada lagi beberapa orang yang beriman kepada Nabi Nuh As., berjumlah sekitar 70 orang lelaki dan wanita. Setelah itu aktiviti keseharian Nabi Nuh As. adalah sentiasa keluar untuk berdakwah dengan berseru: "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Dia. Dan tiada pula sekutu bagiNya".

Akhirnya keluarlah kaum Nabi Nuh dari rumah mereka masing-masing. Mereka menyambut seruan dakwah Nabi Nuh dengan lemparan batu dan sandal sehingga membuat Nabi Nuh As. pengsan. Mereka pun mengasingkan Nabi Nuh, menyeret dan melemparkannya ke dalam kotoran. Setelah Nabi Nuh As. sedar, diusaplah wajahnya yang berlumur darah. Segeralah ia berganjak untuk melakukan sholat 2 rakaat dan berdoa:
اللهم اغفر لقويم فاهنم ال يعلمون
"Ya Allah, ampunilah kaumku kerana mereka belum mengetahuinya.”
Nabi Nuh melakukan dakwahnya hingga sekitar 300 tahun lamanya.

Dakwah Nabi Nuh A.S. Dari Masa Ke Semasa
Setelah kematian Raja Darmasyil, ia pun digantikan oleh anaknya yang bernama Tubin. Sifatnya lebih kejam dari ayahnya. Namun Nabi Nuh As. tak patah semangat untuk terus mengajak raja dan kaumnya beriman kepada Allah sebagaimana dahulu dilakukan juga pada ayah Raja Tubin. Dakwahnya ini berjalan hingga 400 tahun lamanya. Sampai masuk kurun berikutnya, iaitu kurun ke-5, tetap saja kaumnya masih dalam keadaan sebagaimana sebelumnya. Setiap mendengar seruan Nabi Nuh mereka sengaja menutupkan telinganya dengan tangan. Sebagaimana difirmankan Allah Swt. dalam al-Quran, mereka mengumpulkan batu-batu di atas loteng. Disaat Nabi Nuh lalu maka mereka akan melemparnya dengan batu tersebut sampai Nabi Nuh jatuh pengsan. Dan mereka sangka Nabi Nuh telah mati. Saat pengsan itu, burung-burung pun mengibaskan sayapnya sampai tersedar kembali.

Keadaan dakwah yang seperti ini terus berlangsung hingga melewati kurun ke-6. Memasuki kurun yang ke-7, Raja Tubin pun mati dan digantikan pula oleh putranya yang bernama Togrodus. Ia adalah raja yang lebih zalim dari ayahnya. Keadaan dakwah Nabi Nuh pun tak jauh berbeza dengan sebelumnya, selalu saja disambut dengan lemparan batu. Kemudian Allah Swt. mewahyukan pada Nabi Nuh: "Sekarang tiada satupun lagi dari sulbi lelaki dan dalam rahim wanita yang mahu beriman mengikuti dakwahmu".
Kerana itulah kemudian Allah Swt. berkehendak untuk menenggelamkan mereka. Maka berdakwahlah Nabi Nuh As. pada kaumnya dengan membawa khabar bahwa Allah tidak akan meninggalkan sedikitpun dari mereka sebagaimana tercantum dalam QS. Nuh ayat 26-27:
وَ قَالَ نُوْحٌ رَّبِّ لَا تَذَرْ عَلَى الْاَرْضِ مِنَ الْكٰفِرِيْنَ دَيَّارًا

"Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!"
(QS. Nuh 71: Ayat 26)

اِنَّكَ اِنْ تَذَرْهُمْ يُضِلُّوْا عِبَادَكَ وَلَا يَلِدُوْۤا اِلَّا فَاجِرًا  كَفَّارًا

"Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar."
(QS. Nuh 71: Ayat 27)

Maka terbukalah pintu langit atas doa Nabi Nuh As. dan bergemuruhlah para malaikat.

Detik-detik Menjelang Banjir Besar Pada Masa Nabi Nuh As.
Setelah para malaikat bergerak maka Allah Swt. mewahyukan pada Nabi Nuh As. agar membuat perahu. Bertanyalah Nabi Nuh: "Ya Tuhan, apakah perahu itu?" Allah Swt. berfirman: "Perahu adalah rumah kayu yang mampu berjalan di permukaan air".
Lalu Allah Swt. memerintahkan Nabi Nuh agar menanam pokok jati di tanah Kufah, pendapat lain mengatakan pokok abnus. Dan kemudian Nabi Nuh pun menanamnya dan membiarkannya tumbuh sehingga 40 tahun sampai sesuai untuk ditebang. Langit dicegah dari hujan dan bumi pun dicegah untuk menumbuhkan pepohonan. Sehingga langit pun tidak lagi menitiskan air hujan dan bumi tak menumbuhkan rerumputan. Para wanita, hewan jinak mahupun buas, pun tidak lagi beranak. Bahkan burung-burung pun tak boleh bertelur. Itu terjadi sebagai bukti nyata atas kaum Nabi Nuh sebelum adzab menimpa mereka.

Kemudian Allah Swt. memerintahkan Nabi Nuh untuk menuju Kufah dan memindahkan kayu-kayu jati. Bingunglah Nabi Nuh As., bagaimana cara memindahkan kayu-kayu itu. Maka Allah Swt. pun mewahyukan bahwa sesungguhnya ‘Auj bin ‘Anuq lah yang mampu mengangkatnya.

Pembawa Kayu-kayu Perahu Nabi Nuh As.
Imam al-Kisai mengatakan bahawa sesungguhnya ‘Anuq, ibunya ‘Auj, adalah keturunan Nabi Adam yang buruk rupa dan bentuk tubuhnya. Dia adalah tukang sihir yang handal. Dia melahirkan ‘Auj dan mati setelah 100 tahun dari kelahiran anaknya itu. Ketika ‘Auj sudah dewasa ia berubah wujud menjadi raksasa yang tinggi dan lebar badannya mencapai 600 dzira’. Ukuran 1 dzira’ zaman dahulu adalah setara dengan 1,5 dzira’ sekarang. Sehingga diceritakan bahawa, tatkala badai banjir taufan melanda, airnya takkan sampai pada lututnya, disaat duduk di atas gunung ia dapat memasukkan tangannya ke laut dan mampu mengambil ikan dari dalamnya serta dapat memanggang ikan itu di bawah teriknya matahari. Saat ia marah maka seluruh penduduk desa dikencing olehnya hingga mereka pun tenggelam di dalamnya. ‘Auj juga seringkali membuat kekacauan pada penduduk desa.

Maka mereka pun menawarkan padanya: "Kami akan membuatkanmu baju dan kami tidak akan mengambil harganya kecuali setelah 1 tahun". (‘Auj memiliki hutang pada penduduk desa itu dan berjanji akan melunaskannya). Akhirnya semua penduduk desa pun bersama-sama membuatkan baju dari kapas dan memakaikannya pada ‘Auj yang kemudian membuat ‘Auj pergi menjauh dari penduduk desa tersebut. Disaat ‘Auj ingin melalui perkampungan itu ia teringat akan janjinya. Maka ia cepat-cepat lari kerana takut ditagih hutangnya. Dikatakan bahawa ‘Auj hidup selama 4500 tahun, sehingga ia dapat menjumpai zaman Nabi Musa As.

Tatkala Nabi Musa As. masuk ke tanah Tih beserta rombongan Bani Israel, ‘Auj pun ingin menghancurkan mereka. Ia datang pada tentera Nabi Musa untuk mengetahui tahap kekuatan mereka. Disaat ia mendapat peluang, maka ia mencabut gunung dan mengangkat gunung tersebut di atas kepalanya. Kemudian ia mendatangi Nabi Musa As. untuk memaksa tenteranya berundur. Akan tetapi usaha ‘Auj gagal kerana Allah mengutus burung hudhud. Burung hudhud itu memiliki paruh dari besi. Lalu burung hudhud itu meluncur menuju batu (gunung) yang dibawa ‘Auj dan mematuknya hingga berlubang. Akhirnya batu tersebut pun jatuh ke leher ‘Auj dan membelenggunya sehingga ia tak lagi mampu bergerak. Disaat Nabi Musa As. melihat kejadian itu maka beliau menghampiri dan memukul ‘Auj dengan tongkatnya yang tingginya 10 dzira’. Lantas Nabi Musa As. melompat ke udara setinggi 10 dzira’. Sedangkan tinggi Nabi Musa As. sendiri adalah 10 dzira’.

Walaupun pukulan Nabi Musa As. tidak sampai mengenai lutut ‘Auj. Namun sebab pukulan Nabi Musa As. itu ‘Auj pun terjatuh dan mati tergeletak di kawasan seperti gunung besar. Diceritakan pula bahwa di Gunung Tatri ada sebuah sungai yang bernama Tha-i. Di sana ada jambatan yang besar. Dikatakan bahawa jambatan itu berasal dari tulang rusuk ‘Auj bin ‘Anuq, dan hal ini termasuk dalam keajaiban dunia.

Peristiwa Mengangkut Kayu Perahu Nabi Nuh Dari Kufah Ke Baghdad
Al-Kisai melanjutkan penjelasannya: “Disaat Allah Swt. Mewahyukan Nabi Nuh As. bahawa yang akan (mampu) mengangkat kayu-kayu jati dari Kufah ke Desa Hairah di Baghdad adalah ‘Auj. Maka Nabi Nuh As. pun menemui ‘Auj dan memintanya untuk memikul kayu-kayu tersebut. ‘Auj kemudian menjawab: "Aku tidak akan memikulnya untukmu sehingga kamu
mengenyangkan perutku dulu dengan roti".
Saat itu Nabi Nuh As. hanya membawa 3 potong roti yang dibuat dari gandum dan memberikannya pada ‘Auj sepotong seraya berkata: "Makanlah roti ini".
‘Auj kemudian ketawa dan berkata: "Seandainya gunung ini jadi roti, itu pun takkan mampu mengenyangkan perutku. Tak mungkin aku boleh kenyang hanya dengan hirisan roti ini?"
Kemudian Nabi Nuh As. memotong kepingan roti tersebut dan mengucapkan: "Bismillahirrahmanirrahim. Makanlah". Maka ‘Auj memakannya, lalu diberinya lagi sepotong roti oleh Nabi Nuh As. Akan tetapi ‘Auj menolaknya kerana sudah merasa kenyang hanya dengan memakan setengah keping roti tadi dan tidak mampu untuk memakannya lagi. Akhirnya ‘Auj memikul semua kayu itu dari Kufah sampai Hairah di Baghdad dengan sekali pikul.

Proses Pembuatan Perahu Nabi Nuh As. dan Penyempurnaanya Dengan Nama 4 Khalifah Islam
Ketika kayu-kayu itu sudah berada di hadapan Nabi Nuh, lantas Nabi Nuh As. pun kebingungan seraya berkata: "Wahai Tuhan, bagaimanakah cara untuk membuat perahu?"
Kemudian Allah Swt. memerintahkan Malaikat Jibril As. agar mengajarkan Nabi Nuh As. membuat perahu. Lalu Nabi Nuh menjadikan kayu-kayu tersebut sebuah papan dan menggabungkannya satu sama lain serta memakunya dengan paku besi. Seterusnya Nabi Nuh As. menjadikan bahagian depan (kepala) perahu seperti kepala burung merak, ekornya seperti ekor ayam laga, paruhnya seperti paruh burung gagak, sayapnya seperti sayap helang dan wajahnya seperti wajah burung merpati dan kemudian menjadikannya 3 tingkat, pendapat lain mengatakan 7 tingkat. Ibnu Abbas Ra. berkata: "Perahu Nabi Nuh As. panjangnya 1000 dzira’, lebarnya 600 dzira’ dan tingginya 300 dzira’".

Konon Nabi Nuh As. membuat perahu itu selama 40 tahun. Ketika itu semua kaumnya telah menghina dan meremehkan nabi mereka sendiri dengan berkata: "Wahai Nuh, kamu telah meninggalkan kenabian dan menjadi tukang kayu". Imam al-Kisai kemudian berkata bahawa pada suatu malam, kaum Nabi Nuh keluar dan berusaha menyalakan api untuk membakar kayu perahu tersebut. Akan tetapi apinya tidak boleh menyala. Lantas mereka berkata: "Ini adalah sihir Nuh". Disaat pembuatan perahu sudah hampir selesai, maka Nabi Nuh As. membuat lapisan dengan tar. Kemudian Allah Swt. mewahyukan kepadanya agar memberi 4 paku di bahagian kanan dan kiri perahu dan membuat ukiran di setiap satu paku tersebut. Lalu Nabi Nuh As. berkata: "Ya Tuhan, apa faedahnya hal itu?" Allah berfirman: "Ini adalah nama-nama sahabat Nabi Muhammad Saw. Mereka adalah hamba Allah yang bernama Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali Ra. Perahu ini takkan sempurna sehingga engkau melakukan hal tersebut". Maka Nabi Nuh As. pun melakukan apa yang diperintahkan Allah Swt. dan jadilah perahu tersebut dengan sempurna.

Persiapan Memulakan Pelayaran Perahu Nabi Nuh As.
Setelah perahu Nabi Nuh As. jadi sempurna, dengan izin Allah Swt. ia mampu berbicara
dengan lantang: "Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah,Tuhan Yang Maha Awal dan Yang Maha Akhir. Aku adalah perahu, barangsiapa yang menaikiku maka ia akan selamat dan siapa yang enggan padaku maka akan hancur". Lalu Nabi Nuh As. berseru kepada kaumnya: "Sudah percayakah kalian sekarang?"
Mereka menjawab dengan angkuh: "Ini adalah sihirmu wahai Nuh!" Kemudian Allah Swt. mewahyukan kepada Nabi Nuh: "MurkaKu sudah memuncak bagi orang yang mendurhakaiKu".
Lalu Allah Swt. memerintahkan Nabi Nuh membawa bekal makanan asas yang cukup untuk 6 bulan dan membuatkan wadah sebagai tempat air tawar. Kemudian Allah Swt. menurunkan bola mata dari surga yang mempunyai cahaya seperti cahaya matahari untuk Nabi Nuh As. Dengan itu Nabi Nuh As. dapat mengetahui pergantian siang dan malam serta mengetahui perjalanan waktu. Nabi Nuh As. kemudian meminta izin kepada Allah Swt. untuk melakukah ibadah haji terlebih dahulu dan Allah Swt. pun mengizinkannya.

Maka berangkatlah Nabi Nuh untuk menunaikannya. Tatkala Nabi Nuh As. menuju Makkah, kaumnya ingin menghancurkan perahu tersebut. Lalu Allah Swt. memerintahkan para malaikat agar mengangkat perahu itu di antara langit dan bumi. Para malaikat pun mengangkatnya dan kaum Nabi Nuh melihat kejadian itu. Sesampainya Nabi Nuh As. di Makkah beliau terus thawaf di Baitullah sebanyak 7 kali pusingan serta berdoa untuk kaumnya dan Allah Swt. mengkabulkan doanya tadi. Sewaktu Nabi Nuh As. pulang dari Makkah maka Allah Swt. menurunkan perahu tersebut ke atas permukaan bumi (tempat asal). Kemudian Allah mewahyukan kepadanya agar naik ke atas gunung dan berteriak dengan sekeras-kerasnya: "Wahai para haiwan liar, burung-burung, para hama-kutu dan semua yang bernyawa, kemarilah dan naiklah kalian semua dalam perahu kerana adzab sudah dekat".

Teriakan Nabi Nuh As. tadi terdengar sampai arah barat dan timur. Sehingga para haiwan liar, burung-burung, haiwan ternak dan kutu, semuanya datang menghadap Nabi Nuh dengan berduyun-duyun. Kemudian Nabi Nuh As. berkata: "Sungguh aku telah diperintah agar 
membawa kalian bersamaku secara berpasang-pasangan". Lalu Allah Swt. memberi perintah kepada Nabi Nuh untuk membawa semua kayu serta membawa jasad Nabi Adam As. dan Siti Hawa. Ditaruhlah jasad keduanya itu di dalam peti. Nabi Nuh juga membawa hajar aswad dan tongkat Nabi Adam yang dibawa turun dari syurga dan meletakkannya ke dalam peti bersama Tabut, Shuhuf (lampiran-lampiran kitab suci) dan as-Simthu. Adapun pengikut Nabi Nuh yang bersedia masuk kedalam perahu berjumlah 40 orang lelaki dan 40 orang perempuan dan mereka ditempatkan pada lantai pertama. Sedangkan di lantai kedua penghuninya adalah para haiwan liar dan haiwan-haiwan ternak. Diceritakan bahawa haiwan yang paling terakhir memasuki perahu adalah keldai, oleh kerana ekornya diikat oleh Iblis sehingga menjadikannya sukar untuk masuk.

Nabi Nuh menyangka bahawa keldai enggan untuk masuk perahu seraya berkata padanya: "Masuklah wahai terkutuk (yang dilaknat)!" Kemudian keldai itu pun masuk bersama Iblis. Disaat Nabi Nuh As. melihatnya, beliau pun berkata: "Siapa yang mengizinkanmu masuk ke sini?" Lalu Iblis menjawab: "Kamu sendiri yang mengizinkanku masuk. Bukankah engkau berkata "Masuklah wahai terkutuk?" Dan tiada satupun yang terkutuk di dunia ini selain aku".

Undang-undang Bagi Para Penumpang Perahu Nabi Nuh As.
Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Nuh As. berada di dalam perahu itu beliau membuat undang-undang melarang semua penumpang untuk berhubungan intim kerana dikhuwatirkan akan berkembang-biak dan tempat akan menjadi sempit. Maka semua penumpang mematuhi undang-undang tersebut kecuali anjing. Anjing justeru melakukan hubungan intim dengan betinanya. Kucing yang melihatnya pun melaporkan hal itu kepada Nabi Nuh As. Akan tetapi anjing mengingkari perbuatannya itu dan bahkan mengulangi perbuatan terlarang itu sampai 2 atau 3 kali.

Kemudian kucing pun melaporkannya kembali kepada Nabi Nuh As. Lantas Nabi Nuh As. memanggil kedua anjing itu dengan aib. Mulai saat itulah terjadi permusuhan antara kucing dan anjing. Aib itu kemudian menimpa pada mereka setiap hendak melakukan hubungan intim. Kucing berujar: "Setiap kali aku berhubungan intim, aku ingin agar tidak melihat anjing dan anjing pun tidak melihatku".

Diceritakan bahawa ketika kotoran-kotoran haiwan sudah semakin banyak di dalam perahu, maka para penumpang mengadu kepada Nabi Nuh As. Lalu Allah Swt. mewahyukan kepada Nabi Nuh As.: "Pulaslah ekor gajah". Ketika Nabi Nuh As. memulas ekor gajah tersebut keluarlah babi jantan dan betina. Kemudian babi-babi itu memakan semua kotoran-kotoran yang berselerak. Setelah itu Allah Swt. menciptakan tikus jantan dan betina dari bersin babi. Tikus-tikus itu beranak-pinak dan terus menggigit kiri-kanan perahu. Melihat kejadian itu, para penumpang pun mengadu kembali. Akhirnya para kucing liar (musang) memangsa dan memakan tikus-tikus itu dengan cepat sampai punah. Sejak itulah awal mula terjadinya permusuhan antara tikus dan kucing liar.

Ramalan Tentang Kedatangan Banjir Besar Nabi Nuh A.S.
Diceritakan dari Ibnu Washif Syah bahawa tidak ada raja Mesir yang lebih kaya dari Raja Suraid. Sesuatu yang menimpanya, yaitu 300 tahun sebelum terjadi bencana taufan, dia bermimpi seolah-olah langit pindah ke bumi sehingga seperti lubang yang digali dan bintang-bintang berjatuhan. Sedangkan matahari dan rembulan dekat sekali dengan bumi. Ia juga melihat burung-burung putih menyambar manusia dan bertemu di antara dua gunung dan seolah-olah dunia menjadi hitam kelam dan gelap gulita. Semua manusia berkumpul di suatu gunung untuk menyelamatkan diri. Setelah bermimpi, dia terbangun dan merasa sangat ketakutan. Esok harinya Raja Suraid mengundang para dukun yang berjumlah 100 dukun lelaki. Para dukun itu tidak mampu memutuskan suatu masalah kecuali dengan melihat melaului kajian perbintangan terlebih dahulu. Akhirnya Raja Suraid pun menceritakan mimpinya itu dan para dukun berkata: "Mimpimu adalah golongan langit. Yang mana dengan mimpi ini semua alam dan penduduk bumi akan hancur lebur". Lalu Raja berkata: "Ambillah kesimpulan dari bintang di atas sana".

Tatkala para dukun melihat ke atas lalu mereka berkata: "Saya melihat bulan pada zodiak cancer dan itu telah mendekati ikan, maka kehancuran yang timbul adalah perkara taufan dan musibah ini adalah golongan air langit".
Akhirnya Raja bertanya: "Apakah musibah ini juga menimpa negara ini?" Mereka pun menjawab: "Ya, musibah itu akan menimpa negara kita dan negara akan hancur dalam masa yang panjang". Raja bertanya lagi: "Lihatlah, apakah negara kita akan kembali ramai seperti sebelumnya?" "Negara ini akan jadi lebih baik dari yang ada saat ini," jawab para dukun. Maka Raja Suraid memerintahkan untuk membangun kota dengan asas tapak setinggi kotanya lalu berkata: "Kita menjadikan tempat ini sebagai perkuburan kita. Kemudian pindahkan barang-barang yang ada, baik harta benda, perhiasan, alat-alat perang, patung-patung indah dan bekas-bekas yang bernilai. Dan tulis rajah-rajah serta ilmu-ilmu perbintangan yang isinya menceritakan suatu kejadian masa depan dengan lengkap. Serta ceritakan raja-raja yang menguasai negara, Islam maupun kafir".

Para dukun itu juga memberi khabar bahawa bencana taufan ini tidak lama menimpa bumi,
hanya selama 40 hari. Lalu dibangunlah kota itu dengan pengaliran udaranya dan memindahkan
apa-apa yang sudah dirancangkan. Raja Suraid berkata: "Jika kita selamat dari bencara taufan ini, maka kita akan kembali dan menemukan harta-harta yang kita miliki. Namun jika kita binasa maka bangunan ini adalah sebagai kubur jasad kita yang dapat menjaga dari kehancuran".
Semua orang, baik para menteri, hakim dan seluruh pegawai negara juga membuat sebuah bangunan untuk melindungi jasad mereka dari bencana taufan. Al-Mas’udi dalam kitab Muruj adz-Dzahab mengatakan: "Sesungguhnya di setiap 1 bangunan ada 7 rumah, sebagaimana 7 bintang yang berjalan. Dan di dalam rumah tersebut ada patung-patung yang dibuat dari emas yang disalut dengan perhiasan indah. Di telinga-telinga patung itu ada mutiara sebesar telur ayam. Dan di setiap bangunan juga terdapat peti yang diperbuat dari marmar hijau yang digunakan untuk menyimpan mayat pemiliknya dengan disertakan lampiran nama, biografi dan masa jawatannya. Di dalamnya juga ditulis "Dalam bangunan ini ada jalan tembus menuju Kota Fayyum dengan menempuh perjalanan 2 hari".
Baca - Kisah Hidup Nabi Nuh A.S. (bahagian-2)》》

Ulasan

  1. Salam. cerita yang ringkas tapi padat. Lengkap dengan fakta dan gambaran yang jelas. Saya memohon izin untuk menyalin dan mengedit sedikt bahan-bahan tersebut untuk kegunaan saya menyusun ebook untuk edearan dalam saya. Saya sangat besar hati dan sukacita sekira pihak tuan benarkan dan ucapan berbanyak terima kasih.

    BalasPadam
  2. silakan, semoga dipermudahkan Allah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Wanita Menurut Kitab Tajul Muluk

Ciri-Ciri Wanita Yang Ada Dara Dan Tiada Dara

Makna Cahaya Dan Maksud Ingat Diri