Bagaimana 4 Band Besar Mencari Nama Mereka
Apabila kita melihat nama-nama band terkenal untuk pertama kali pada permulaan kemunculan mereka, kadang-kadang ianya kedengaran lucu atau sesetengahnya agak pelik dan ada juga yang unik. Namun untuk menamakan sebuah band bukanlah satu perkara yang mudah, kerana nama sesebuah band itu perlulah mewakili perwatakan aliran band tersebut, dan ianya juga harus unik, lain dari yang lain agar mudah diingati. Berikut ini adalah kisah 4 gergasi rock, bagaimana mereka medapatkan ilham untuk menamakan band mereka. Foo Fighters Apabila Dave Grohl memutuskan untuk menerbitkan album pertamanya selepas terkuburnya Nirvana atas kematian Court Cobain, dia sendiri memainkan semua instrumen dalam rakaman tersebut, kecuali sebuah petikan gitar solo yang telah di mainkan oleh Afghan Whigs' Greg Dulli. Album Grohl yang bertajuk 1995, yang mana album tersebut adalah sebenarnya album solo beliau atas nama Foo Fighters, tetapi Grohl mahu membentuk sebuah band untuk memainkan lagu-lagunya. Dipetik d