Bagaimana 4 Band Besar Mencari Nama Mereka

Apabila kita melihat nama-nama band terkenal untuk pertama kali pada permulaan kemunculan mereka, kadang-kadang ianya kedengaran lucu atau sesetengahnya agak pelik dan ada juga yang unik. Namun untuk menamakan sebuah band bukanlah satu perkara yang mudah, kerana nama sesebuah band itu perlulah mewakili perwatakan aliran band tersebut, dan ianya juga harus unik, lain dari yang lain agar mudah diingati. Berikut ini adalah kisah 4 gergasi rock, bagaimana mereka medapatkan ilham untuk menamakan band mereka.

Foo Fighters

Apabila Dave Grohl memutuskan untuk menerbitkan album pertamanya selepas terkuburnya Nirvana atas kematian Court Cobain, dia sendiri memainkan semua instrumen dalam rakaman tersebut, kecuali sebuah petikan gitar solo yang telah di mainkan oleh Afghan Whigs' Greg Dulli. Album Grohl yang bertajuk 1995, yang mana album tersebut adalah sebenarnya album solo beliau atas nama Foo Fighters, tetapi Grohl mahu membentuk sebuah band untuk memainkan lagu-lagunya. Dipetik dari Clash Music, Grohl menyatakan:

"semasa proses rakaman album Foo Fighters yang pertama, saya membaca banyak buku mengenai UFO. ... Jadi, sejak dari awal rakaman album pertama saya itu, dengan memainkan semua instrumen tersebut, tetapi saya mahu orang berfikir, bahawa ia adalah sebuah kumpulan, saya gambarkan FOO FIGHTERS sebagai WW2, istilah untuk UFO - mungkin membuat orang percaya, bahawa ia lebih daripada seorang pemain (muzik). Teruk, kan? Sekiranya saya benar-benar menganggap ini sebagai kerjaya, saya mungkin akan memanggilnya dengan sesuatu yang lain, kerana ia adalah nama band yang paling bodoh di dunia"

Selepas merakamkan albumnya dan menamakan bandnya, Grohl menubuhkan Foo Fighters pada akhir Oktober 1994 dengan gitaris Nirvana Pat Smear dan bekas pemain bass Sunny Day Real Estate Nate Mendel dan drummer William Goldsmith. Goldsmith digantikan oleh drummer Taylor Hawkins pada tahun 1997. Smear meninggalkan Foo Fighters pada tahun 1997 tetapi kembali kepengkuan band pada tahun 2006. Manakala Chris Shifflett telah menjadi pemain gitar utama band sejak tahun 1999. Foo Fighters telah menjual lebih dari 12 juta album di Amerika Syarikat sahaja dan selebihnya habis dijual di seluruh dunia dengan apa yang Grohl pernah katakan sebagai nama band yang paling bodoh itu.


Led Zeppelin

Pada tahun 1966, hubungan gitaris Jimmy Page dan The Yardbirds, mula retak, dan gitaris Jeff Beck meninggalkan kumpulan itu pada Oktober 1966. Selepas pertunjukan terakhir pada bulan Julai 1968, baki anggota kumpulan lain Yardbirds masih bermain di Scandinavia bagi memenuhi baki kontrak yang ada. Page dibenarkan menggunakan Nama Yardbirds sehingga kontak tersebut tamat. Page menyusun ahli kumpulan baru, dengan pemain bass / keybord, John Paul Jones, penyanyi Robert Plant, dan cadangan pemain drum dari John Bonham. Barisan baru itu dinamakan The New Yardbirds untuk sementara sehingga tamat kontrak dengan Scandinavia.

Sebelum pembentukan The New Yardbirds, pada tahun 1966 Page telah membentuk kumpulan yang dianggap hebat dengan barisan pemain seperti Jeff Beck, pemain dram The Who's, Keith Moon, bassis John Entwhistle, Vokalis Donovan, Steve Winwood, dan Steve Marriott dianggap untuk projek yang tidak pernah datang bersama. Entwhistle mengatakan bahawa kumpulan itu akan jatuh seperti "kapal belon" (led zeppelin), yang merupakan istilahnya untuk persembahan yang teruk.

Walaupun pembentukan "supergroup" itu tidak pernah berlaku, Page memutuskan untuk menamakan semula The New Yardbirds sebagai Led Zeppelin-menghapuskan huruf "a" dalam ejaan untuk mengelakkan salah faham dalam sebutan (asal - lead zeppelin). Led Zeppelin membuat debut secara langsung (live) mereka di University of Surrey pada 15 Oktober 1968, di Guildford, England. Pada bulan November 1968, pengurus Peter Grant telah menawarkan mereka $ 200.000 sebagai pendahuluan bayaran kontrak (perjanjian terbesar untuk band baru ketika itu) dan perjanjian rekod dengan Atlantic Records. Led Zeppelin telah menjual lebih 250 album di seluruh dunia.

Stone Temple Pilots

Pada tahun 1985, Scott Weiland dan Robert DeLeo dikatakan bertemu di konsert Black Flag di Long Beach, California, hanya semata-mata untuk mengetahui adakah mereka telah bertemu-janji dengan wanita yang sama. Dalam autobiografi Weiland dia menggambarkan telah merekrut DeLeo untuk bermain dengan bandnya selepas melihat Robert bermain di sebuah pesta. Weiland dan DeLeo membentuk band Swing dan kemudian merekrut pula pemain drum Eric Kretz. Pada tahun 1989, pemain gitar asal Swing telah menarik diri dan Robert memujuk saudaranya Dean DeLeo untuk menyertai band pada posisi gitar. Dean dilaporkan enggan menyertai mereka dengan nama Swing dan akhirnya mereka menukar nama band mereka kepada Mighty Joe Young.

Mighty Joe Young telah merakamkan demo yang banyak dipengaruhi oleh gaya "Funk-rock" Red Hot Chili Peppers dan mengumpul peminat di kawasan San Diego. Pada tahun 1992, band ini telah memulakan rakaman album debut mereka "Core", dengan penerbit Brendan O'Brien selepas menandatangani perjanjian dengan Atlantic Records. Semasa di studio, band itu telah menerima panggilan telefon memberitahu mereka, bahawa gitaris blues Chicago telah mendakwa nama Mighty Joe Young adalah milik mereka.
Band ini memutuskan untuk memilih nama baru berdasarkan pelekat jenama minyak kenderaan STP. Selepas mempertimbangkan antara nama-nama seperti Shirley Temple's Pussy dan Stereo Temple Pirates, band itu akhirnya bersetuju dengan nama Stone Tample Pilots. Album debut STP tahun 1992, "Core" telah dijual lebih 8 juta salinan di A.S. sahaja.

Linkin Park

Mike Shinoda, (Penyanyi / rapper / multi-instrumentalist) bersama rakan-rakan sekolah, Rob Bourdon (drum), dan gitaris Brad Delson telah merekrut "turntablist" Joe Hahn, bassis Dave "Phoenix" Farrell, dan penyanyi Mark Wakefield untuk membentuk band Xero. Shinoda merakamkan demo 4-jalur (4-track) pertama di studio dalam bilik tidurnya pada tahun 1996. Namun mereka gagal untuk mendapatkan sebarang kontrak perjanjian dengan syarikat rakaman, menyebabkan Wakefield dan Phoenix meninggalkan Xero untuk memulakan projek lain. Selepas mencari penyanyi baru, seorang penduduk asli Arizona, Chester Bennington terbang ke Los Angeles dan berjaya dalam sesi ujibakat kumpulan itu pada bulan Mac 1999. Bennington telah meniupkan semangat baru pada band itu dengan vokalnya yang bertenaga dan padu. Xero kemudian menukar nama mereka kepada Teori Hibrid dan mula mencari bahan baru untuk projek seterusnya.

Selepas mendapati nama Teori Hibrid telah diambil oleh kumpulan lain, mereka kemudian menamakan diri mereka "Lincoln Park" tetapi mendapati nama itu juga telah digunakan. Akhirnya mereka menukar Lincoln kepada "Linkin" dan kemudian mendaftarkan laman web rasmi mereka "www.linkinpark.com". Jeff Blue, naib presiden Warner Bros Records, juga orang yang sama  mencadangkan Bennington sebagai penyanyi vokalis-Linkin Park telah menawarkan perjanjian kontrak pada 1999. Pada 24 Oktober 2000, Linkin Park mengeluarkan album pertama mereka Hybrid Theory dengan Brad Delson yang memainkan instrumen gitar utama dan bass untuk rakaman tersebut. Semasa video "One Step Closer" dirakamkan telah menampilkan pemain bass lain, kemudiannya Phoenix telah kembali sebagai bassis Linkin Park dan sejak itu telah menjadi ahli tetap band itu. The Hybrid Theory telah terjual lebih 27 juta salinan di seluruh dunia dan menjadi album jualan terbaik pada tahun 2000-an.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Wanita Menurut Kitab Tajul Muluk

Ciri-Ciri Wanita Yang Ada Dara Dan Tiada Dara

Makna Cahaya Dan Maksud Ingat Diri