10 Gitaris Terbaik Dunia
1. Jimi Hendrix
Jimi Hendrix (lahir 27 November 1942 - 18 September 1970) adalah gitaris, penyanyi, dan penulis lagu rock Amerika. Walaupun hanya mengecapi kejayaan kerjaya arus perdananya sekitar hanya empat tahun, dia dianggap sebagai salah seorang pemain gitar elektrik paling berpengaruh dalam sejarah arus muzik popular, dan salah seorang pemuzik yang paling terkenal pada abad ke-20. "Hall of Fame Rock and Roll" menggambarkannya Jimi sebagai "pemain instrumental paling hebat dalam sejarah muzik rock".
2. Jimmy Page
James Patrick Page bukan sahaja sebagai seorang pemuzik, bahkan bertindak sebagai penulis lagu dan penerbit, yang mencapai kejayaan antarabangsa sebagai gitaris dan pengasas kepada band rock lagenda Led Zeppelin.
3. Eddie Van Halen
Edward Lodewijk "Eddie" Van Halen adalah seorang pemuzik, penulis lagu dan penerbit keturunan Belanda-Amerika. Dia lebih dikenali sebagai gitaris utama, dan sesekali bertindak sebagai pemain keyboard, dia juga pengasas bersama kepada penubuhan band "hard rock" Van Halen.
4. Slash
Jika di sebut nama Saul Hudson, tiada siapa yang tahu dengan nama tersebut, kerana umum mengenalinya dengan nama Slash, dia adalah seorang pemuzik dan penulis lagu keturunan Inggeris-Amerika. Dia lebih dikenali sebagai gitaris utama band rock Amerika Guns N 'Roses, dan mencapai puncak kegemilangan dan dikenali diseluruh dunia bersama Guns N 'Roses pada akhir 1980-an hingga awal 1990-an.
5. Eric Clapton
Eric Patrick Clapton bukan sahaja sebagai gitaris aliran muzik rock dan blues, tetapi juga merangkap penyanyi dan penulis lagu. Dia adalah satu-satunya artis yang diabadikan namanya untuk Hall of Fame Rock dan Roll sebanyak tiga kali, sebagai artis solo dan sebagai ahli "Yardbirds and Cream", juga sebagai ahli kumpulan "Derek dan Dominos".
6. David Gilmour
David Jon Gilmour adalah penyanyi, penulis lagu, komposer, pemain pelbagai alat muzik dan penerbit berbangsa Inggeris. Pada tahun 1968, dia telah menyertai kumpulan rock progresif Pink Floyd sebagai pemain gitar dan vokalis bersama.
7. Stevie Ray Vaughan
Stephen "Stevie" Ray Vaughan, warga Amerika, (lahir pada 3 Oktober 1954 - 27 Ogos 1990) adalah seorang pemuzik, penyanyi, penulis lagu, dan penerbit album. Walaupun mengecapi kejayaan hanya selama tujuh tahun sebelum kematiannya, dia dianggap sebagai salah seorang gitaris yang paling berpengaruh dalam sejarah muzik, dan dianggap sebagai salah satu tokoh paling penting dalam kebangkitan semula aliran blues pada tahun 1980-an.
8. Kirk Hammett
Kirk Lee Hammett adalah gitaris dan penulis lagu utama untuk kumpulan heavy metal Metallica dan telah menjadi ahli band sejak 1983. Kirk sebelum menyertai Metallica, pernah menubuhkan sebuah band dengan nama Exodus.
9. Tony Iommi
Anthony Frank "Tony" Iommi adalah gitaris berbangsa inggeris, bertindak sebagai penulis lagu dan penerbit. Dia yang terkenal sebagai gitaris utama dan pengasas band perintis heavy metal Black Sabbath, dia adalah anggota tetap dan komposer tunggal dalam band ini. Pada usia 17, dia mengalami insiden kehilangan hujung jari tengah tangan kanannya, dan ini telah membuatnya putus asa untuk bermain muzik. Majikannya ketika itu menggalakkan dia untuk meneruskan minatnya bermain muzik dengan menyarankan dia memainkan lagu dari album pemain gitar jazz Django Reinhardt, yang kemudiannya telah menjadi terkenal walaupun dengan kekurangan jari tangan akibat kecederaan itu. Dia kemudian telah mencipta tempo yang mana memudahkannya untuk memainkan gitar dan menzahirkan muzik heavy metal.
10. Dimebag Darrell
Darrell Lance Abbott, yang juga dikenali sebagai Diamond Darrell atau Dimebag Darrell, adalah seorang gitaris dan penulis lagu Amerika yang paling terkenal sebagai pengasas dua kumpulan, iaitu Pantera dan Damageplan, bersama adiknya, Vinnie Paul. Abbott meninggal dunia pada 2004 selepas ditembak oleh seorang peminat yang kurang waras.
Ulasan
Catat Ulasan