Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Zikir

Makna Zikir

Imej
Artikel kali ini kita akan menyingkap sedikit berkenaan zikir atau wirid. Amalan zikir biasanya merupakan satu amalan rutin yang diamalkan oleh ahli-ahli Tasawuf dan Tariqat. Jadi topik ini ada bersangkutan dengan bidang Tasawuf dan Tariqat. Amalan ini lebih banyak menumpukan kepada kejiwaan (batin) yang menghasilkan satu rasa yang dipanggil "sirr", dan kerana itu mereka ini dikenali juga sebagai golongan kebatinan (Al-Bathiniyun). Imam al-Ghazali yang terkenal dengan kitabnya "Ihya Ulum Al-Din" ada menulis berkenan perkara ini, justeru beliau juga mengamalkannya. Melalui kitabnya itu Al-Ghazali telah menulis secara lengkap  dengan pengawasan standard yang selari dengan tuntutan syariah. Namun amalan zikir ini bukanlah sesuatu yang khusus buat golongan tasawuf atau tariqat tapi ianya satu amalan yang dianjurkan dalam agama Islam, sesiapapun boleh mengamalkanya, cuma yang membezakan antara orang biasa dan orang-orang tasawuf/tariqat adalah dari segi teknik dan jenis