Makna Zikir

Artikel kali ini kita akan menyingkap sedikit berkenaan zikir atau wirid. Amalan zikir biasanya merupakan satu amalan rutin yang diamalkan oleh ahli-ahli Tasawuf dan Tariqat. Jadi topik ini ada bersangkutan dengan bidang Tasawuf dan Tariqat. Amalan ini lebih banyak menumpukan kepada kejiwaan (batin) yang menghasilkan satu rasa yang dipanggil "sirr", dan kerana itu mereka ini dikenali juga sebagai golongan kebatinan (Al-Bathiniyun). Imam al-Ghazali yang terkenal dengan kitabnya "Ihya Ulum Al-Din" ada menulis berkenan perkara ini, justeru beliau juga mengamalkannya. Melalui kitabnya itu Al-Ghazali telah menulis secara lengkap  dengan pengawasan standard yang selari dengan tuntutan syariah. Namun amalan zikir ini bukanlah sesuatu yang khusus buat golongan tasawuf atau tariqat tapi ianya satu amalan yang dianjurkan dalam agama Islam, sesiapapun boleh mengamalkanya, cuma yang membezakan antara orang biasa dan orang-orang tasawuf/tariqat adalah dari segi teknik dan jenis zikir yang dibawa.
Di kalangan kaum Sufi, zikir itu terbahagi kepada dua iaitu zikir jahr dan zikir khafī. Zikir itu bermakna ingat, dan di sini yang dimaksudkan ialah ingat kepada Allah. Zikir jahr dilakukan dengan suara keras atau nampak secar zahir (jahr ertinya keras), dan zikir khafī ialah yang dilakukan secara diam-diam atau rahsia (khafī bermakna samar atau tersembunyi).

Agama membenarkan seseorang melakukan kebaikan dengan
memperlihatkan amalnya itu atau merahsiakannya dengan memandangnya sebagai urusan peribadi dia dengan Tuhan. Tetapi ada amal kebajikan yang sebaiknya, mungkin seharusnya, diketahui orang lain disebabkan kuatnya dimensi sosial kebajikan itu.
Kerana itu berkenaan dengan zikir jahr dan zikir khafī, Allah SWT berfirman:

وَاَسِرُّوْا  قَوْلَـكُمْ اَوِ اجْهَرُوْا بِهٖ ۗ  اِنَّهٗ عَلِيْمٌۢ بِذَاتِ الصُّدُوْرِ
"Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."
(QS. Al-Mulk 67: Ayat 13)
Tapi, walaupun derma yang berdimensi sosial itu sangat kuat, akan lebih baik jika dilakukan secara diam-diam dan tersembunyi demi memelihara keikhlasan hati, maka lebih-lebih lagi perihal dalam ingat kepada Allah, jelas lebih utama dilakukan secara sembunyi,
dalam hati dan tanpa dinampakkan. Karena itu Allah telah berfirman dalam
Kitab Suci, “ Allah SWT berfirman :

اُدْعُوْا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَّخُفْيَةً   ۗ  اِنَّهٗ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِيْنَ
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas."
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 55). 

Dan lagi firman-Nya :

وَاذْكُرْ رَّبَّكَ فِيْ نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَّخِيْفَةً وَّدُوْنَ الْجَـهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْاٰصَالِ وَلَا تَكُنْ مِّنَ الْغٰفِلِيْنَ
"Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai." (QS. Al-A'raf 7: Ayat 205)

Oleh kerana ingat kepada Allah atau zikir itu pada dasarnya ada didalam batin kita yang paling mendalam, maka ianya boleh dilakukan pada setiap waktu dan di setiap tempat, serta dalam keadaan apapun. Inilah sifat utama orang-orang yang berakal budi, yang mendapat bimbingan Ilahi, seperti yang disebut dalam firman-Nya :

الَّذِيْنَ يَذْكُرُوْنَ اللّٰهَ قِيَامًا وَّقُعُوْدًا وَّعَلٰى جُنُوْبِهِمْ  وَيَتَفَكَّرُوْنَ فِيْ خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ ۚ  رَبَّنَا مَا  خَلَقْتَ هٰذَا بَاطِلًا  ۚ  سُبْحٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (QS. Ali 'Imran 3: Ayat 191) 

Maka sesungguhnya solat, misalnya, diajarkan agar kita ingat kepada Allah dengan penuh rendah hati dan secara peribadi.
Allah SWT berfirman:

اُتْلُ مَاۤ اُوْحِيَ اِلَيْكَ مِنَ الْكِتٰبِ وَاَقِمِ الصَّلٰوةَ    ۗ   اِنَّ الصَّلٰوةَ تَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ  وَلَذِكْرُ اللّٰهِ اَكْبَرُ   ۗ   وَاللّٰهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (QS. Al-'Ankabut 29: Ayat 45)
Begitulah secara asasnya makna sebuah zikir, ianya adalah lebih utama, walaupun solat lima waktu adalah ibadah wajib, namun jika dilihat secara lebih mendalam melalui firma-firman Allah dalam Al-Quran memberi makna bahawa zikir itulah makna solat yang sebenarnya. Kerana zikir itu bukan hanya dizahirkan (diucapkan) pada lidah atau hati tetapi melalui semua keadaan dan perbuatan. Jadi jika kita dapat memahami makna zikir itu, itu akan meletakkan kita dalam keadaan bersolat sepanjang masa dan dimana sahaja, yang mana akhirnya dinamakan "Solattu Da'im", iaitu solat yang berkekalan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Wanita Menurut Kitab Tajul Muluk

Ciri-Ciri Wanita Yang Ada Dara Dan Tiada Dara

Makna Cahaya Dan Maksud Ingat Diri