Catatan

Catatan Yang Ditampilkan

Khasiat Madu Rahim (Untuk Lelaki)

Imej
Madu Rahim bukanlah madu yang biasa kita minum, yang diambil dari sarang madu lebah hutan atau lebah yang diternak. Menurut pengetahuan kuno, madu rahim (cecair yang menjadi salah satu inti dalam apa yang digolongkan sebagai mazi) yang mengalir dalam faraj ketika berada dalam keadaan ghairah adalah cecair yang berkhasiat. Dalam kitab hukum jimak ia gelar sebagai madu yang " maha baik " untuk lelaki. " Ketika ia keluar akan terasa hangat dan isteri seolah dalam keadaan mabuk. Ia adalah cecair "maha baik", bermaksud cecair itu berkhasiat untuk tujuan awet muda dan meningkatkan tenaga batin lelaki " Pada zaman dahulu di India, cecair yang keluar semasa jimak ini dikumpulkan dan diambil untuk tujuan kesihatan. Hampir semua disiplin tradisional bersetuju bahawa lebih muda isteri anda, maka lebih berkhasiatlah Madu Rahim itu untuk kesihatan lelaki. Pertama disebut " Nisak Allah " dalam Kitab Hukum Jimak, (ini tidak sesuai digunakan oleh kitab tersebut

Kekejaman Komunis dalam Tragedi Serang Hendap Ulu Legong

Imej
Tragedi Serang Hendap Ulu Legong ini mungkin tak sepopular kisah Bukit Kepong, tidak juga dikisahkan dalam filem seperti Leftenan Adnan tetapi jika disoroti kisah serang hendap ini, ia antara kisah penyeksaan komunis terhadap askar Melayu paling kejam setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. August 5, 2018 General Tertarik dengan dengan desas-desus yang mengatakan subjek komunis akan diajar dalam mata pelajaran di sekolah, bersempena Hari Pahlawan di sini aku ceritakan sedikit tentang siapa komunis yang nak diajarkan sangat tu (Pakatan Harapan menjadi kerajaan setelah memenangi pilihanraya ke14). Tak kiralah kau kerajaan ataupun pembangkang. Tragedi serang hendap di Ulu Legong, Kedah sebenarnya merupakan siri keganasan komunis yang paling kejam dan tidak berperikemanusian dalam sejarah Malaysia yang sudah pun merdeka pada ketika itu. Ianya melibatkan 9 anggota dari Kompeni Bravo Batalion ke 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpengkalan di Kem Sungai Petani. Serang hendap ni buk

Ciri-Ciri Wanita Yang Ada Dara Dan Tiada Dara

Imej
Foto : Tim Marshall Sauatu masa dahulu dara adalah sangat penting buat seorang wanita dan juga bagi lelaki ingin mencari calon isteri. Tapi keadaan sudah berubah kerana banyak pengaruh budaya baru yang melanda budaya dan adat-adat ketimuran serta pegangan agama yang semakin terhakis akibat dari menerima budaya-budaya negatif yang dianggap lebih " advance " atau " trendy ". Akibatnya ramai dikalangan wanita-wanita pada masa ini tidak lagi menganggap dara sesuatu yang penting. Namun walaupun begitu masih ramai kaum lelaki masih menitik-beratkan tentang pasangan hidup yang masih suci atau dengan kata lain, masih dara! Walaupun lelaki tersebut adalah jenis hidung belang dan perosak anak dara orang, tapi bila nak cari bini, nak yang dara aje … Tetapi masih ada juga dikalangan lelaki yang benar-benar menjaga perilaku yang baik dan ingin mencari calon isteri yang masih dara, disini saya berikan ciri-ciri wanita tersebut, supaya tak tersalah pilih dan tidak menyesal d

Mengenali Dajjal

Imej
  Siapakah Dajjal? Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain, selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “ Minal Munzharin ” seperti halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti. Dajjal ; ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “ syaqq ”, manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Kemudian oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimana

Allah Sebagai Rakan Kongsi Perniagaan

Imej
Kisah benar yang di angkat dari perjalanan , seorang jutawan Mesir bernama Solah Atiyyah ketika beliau hendak memulakan perniagaan, yang mana beliau telah memasukkan Allah sebagai rakan kongsi perniagaan bersama lapan rakannya yang lain. Kisah ini begitu popular pada beberapa tahun yang lalu. Walaupun telah banyak blog lain yang telah menyiarkan kisah ini, namun saya ingin mengabadikan kisah ini didalam blog ini sebagai impirasi kepada diri saya sendiri dan juga kepada pembaca sekalian. Pada permulaan ceritanya, ia terjadi di suatu daerah terpencil yang bernama Tafahna Asyraf, pekannya adalah di Mit Ghamr iaitu salah satu daerah yang bernaung di bawah negeri Daqahliah di Mesir. Ia bermula apabila ada 9 orang sahabat yang telah pun tamat pengajian mereka di satu universiti pertanian dan ternakan di Mesir. Mereka ini mengalami masalah kewangan yang mencengkam hidup mereka. Sehinggalah mereka berazam untuk cuba mulakan hidup mereka dengan membuat suatu pekerjaan. Maka mereka mem

Sepotong Roti Penebus Dosa

Imej
Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: " Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti ." Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelimang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud. Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua be

Kisah Wali Dari Lasem

Imej
Mbah Masum bermimpi bertemu Rasulullah katika tidur di Stesyen Bojonegoro. Beliau kemudian bersalaman dengan Baginda Rasul, dan setelah bangun tangannya masih berbau wangi. Sejak itu hidup Mbah Masum berubah. Kyai besar dan Wali Allah yang amat dihormati di kalangan umat Islam ini, yang biasa disapa Mbah Ma’shum, adalah salah satu dari dua Kyai yang berasal dari Lasem selain Kyai Baidhowi Abdul Aziz. Beliau senantiasa menjalin silaturahim, jujur, melindungi, menghormati tamu dan teguh menjaga kebenaran. Seluruh hidupnya diabdikan kepada masyarakat, terutama kaum papa. Beliau bahkan menganggap pengabdian ini sebagai jalan tarekatnya. Menurut Denys Lombard, ahli sejarah terkenal, “Mbah Masum adalah seorang guru (kyai) dari Lasem yang kurang dikenali di peringkat nasional, namun kematiannya pada tahun 1972 menimbulkan goncangan hebat dari hujung jaringan ke hujung jaringan lainnya.” Nama sebenarnya adalah Muhammadun, dianggarkan lahir sekitar tahun 1870. Ayahnya bernama Ahmad, seora