Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

Sepotong Roti Penebus Dosa

Imej
Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: " Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti ." Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelimang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud. Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua be

Kisah Wali Dari Lasem

Imej
Mbah Masum bermimpi bertemu Rasulullah katika tidur di Stesyen Bojonegoro. Beliau kemudian bersalaman dengan Baginda Rasul, dan setelah bangun tangannya masih berbau wangi. Sejak itu hidup Mbah Masum berubah. Kyai besar dan Wali Allah yang amat dihormati di kalangan umat Islam ini, yang biasa disapa Mbah Ma’shum, adalah salah satu dari dua Kyai yang berasal dari Lasem selain Kyai Baidhowi Abdul Aziz. Beliau senantiasa menjalin silaturahim, jujur, melindungi, menghormati tamu dan teguh menjaga kebenaran. Seluruh hidupnya diabdikan kepada masyarakat, terutama kaum papa. Beliau bahkan menganggap pengabdian ini sebagai jalan tarekatnya. Menurut Denys Lombard, ahli sejarah terkenal, “Mbah Masum adalah seorang guru (kyai) dari Lasem yang kurang dikenali di peringkat nasional, namun kematiannya pada tahun 1972 menimbulkan goncangan hebat dari hujung jaringan ke hujung jaringan lainnya.” Nama sebenarnya adalah Muhammadun, dianggarkan lahir sekitar tahun 1870. Ayahnya bernama Ahmad, seora

10 Gitaris Terbaik Dunia

Imej
1. Jimi Hendrix Jimi Hendrix (lahir 27 November 1942 - 18 September 1970) adalah gitaris, penyanyi, dan penulis lagu rock Amerika.  Walaupun hanya mengecapi kejayaan kerjaya arus perdananya sekitar hanya empat tahun, dia dianggap sebagai salah seorang pemain gitar elektrik paling berpengaruh dalam sejarah arus muzik popular, dan salah seorang pemuzik yang paling terkenal pada abad ke-20.  "Hall of Fame Rock and Roll" menggambarkannya Jimi sebagai "pemain instrumental paling hebat dalam sejarah muzik rock". 2. Jimmy Page James Patrick Page bukan sahaja sebagai seorang pemuzik, bahkan bertindak sebagai penulis lagu dan penerbit, yang mencapai kejayaan antarabangsa sebagai gitaris dan pengasas kepada band rock lagenda Led Zeppelin. 3. Eddie Van Halen Edward Lodewijk "Eddie" Van Halen adalah seorang pemuzik, penulis lagu dan penerbit keturunan Belanda-Amerika.  Dia lebih dikenali sebagai gitaris utama, dan sesekali bertindak sebagai pemain ke