Bagindo Muchtar - Batinku - Bab 1

Apakah sebenarnya kebatinan itu? Pada umumnya, orang menganggap adalah apa yang dinamakan kebatinan itu, iaitu yang tak nampak atau sesuatu yang keadaannya tak nyata. Dan bagi mereka yang telah banyak pengalaman dan berbuat terhadap dan dengan kebatinan, maka orang dan dia sendiri menamakan dirinya seorang ahli kebatinan. Sedari kecil aku sangat tertarik kepada ilmu kebatinan. Pernah aku perdapat yang berupa kata-kata yang harus dihafal atau isim-isim yang akan dibacakan untuk digunakan pada saat-saat diperlukan. Dan pernah pula aku dijadikan anak angkat oleh seseorang yang kemasukan (trance) untuk mendapat benda atau untuk keperluan sesuatu.

Kesemua itu aku terima bukan untuk begitu saja dipercayai dan diyakini, melainkan aku terima untuk ingin mengenal dan mengetahui. Pelajaran yang kuterima pada umumnya, kata-katanya seperti orang berpantun saja dan ada pula ayat-ayat Quran yang harus dibaca umpamanya untuk keperluan sesuatu. Selalu bila ada waktu terluang, tak habis-habisnya aku berfikir atau memikirkan apa hubungannya itu kata-kata atau ayat-ayat dengan sesuatu yang dihadapi atau yang akan dihadapi bila diperlukan. Ditanyakan kepada orang yang memberinya (guru) mendapat jawaban tidak memuaskan, dan kesimpulannya kita harus meyakini dan membawakannya saja, habis perkara.

Akan tetapi, jiwaku tidak puas menerima saja cara begitu dan begitulah segalanya itu selalu menjadi buah pemikiranku. Apa memang
adakah hubungannya, kait-mengaitnya satu sama lain? Keakuanku tak dapat begitu saja menerimanya secara kenyataan. Walaupun dalam perjalanan kehidupanku (pengalaman) banyak terjadi dan tersua olehku yang aneh-aneh, akan tetapi kesemuanya itu kuanggap sebagai satu kebetulan saja. Akan tetapi sungguhpun begitu, segala sesuatunya itu tetap menjadi buah pemikiran bagiku untuk memecahkannya. Dan di antara kata-kata yang berupa pantun-pantun yang kuterima itu atau yang diturunkan orang padaku itu, yang amat menarik bagiku ialah permulaannya selalu dengan menyebut nama Allah iaitu ‘Bismillah al-Rahman al-Rahim dan pada penutupnya selalu dengan, “Berkat kalimah La-ilaha ill-Allah.”

Sebagai seorang yang beragama, tentu aku percaya akan adanya Tuhan dan Yang Ghaib. Akan tetapi bagaimanakah hubungannya
Yang Ghaib dengan diri sendiri? Dan apa sebenarnya Yang Ghaib itu dan apa benar adakah Yang Ghaib itu? Tuhan tentu tak dapat dikaji sedalam-dalamnya, bukan? Sebagai
seorang beragama wajib percaya akan ada-Nya. Akan tetapi Yang Ghaib, bagaimanakah keadaan-Nya? Berupakah atau tenagakah
dia?
Pada umumnya, pengertian ghaib iaitu tidak nampak atau tidak nyata. Begitupun pula tenaga (daya) pun tidak nampak, akan tetapi sewaktu-waktu seseorang dapat merasakannya sehingga sampai orang menamakannya ‘tenaga ghaib.’ Tenaga ghaib sudah pasti terbitnya dan timbulnya dari yang ghaib atau tenaga dari yang
ghaib (sesuatu yang tidak nyata).

  << Sebelumnya - Sepatah Kata Dariku
Seterusnya - Bab Dua >>

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Wanita Menurut Kitab Tajul Muluk

Ciri-Ciri Wanita Yang Ada Dara Dan Tiada Dara

Makna Cahaya Dan Maksud Ingat Diri