Bagindo Muchtar - Batinku - Bab 2
Apakah sebenarnya kebatinan itu? Dan sampai di manakah tingkatan ilmu pengetahuan seorang ahli kebatinan? Mungkin berlain-lain pandangan seseorang mengenai kebatinan dan ilmu kebatinan. Masing-masing akan mengatakan dia yang benar dan lebih benar dari yang lain. Yang Maha Benar ialah Tuhan. Terlepas dari kebenaran seseorang memahami kebatinan dan ilmu kebatinan, maka ini aku huraikan fahamku sendiri tentang soal kebatinan dan ilmu kebatinanku dengan jalan mengupas dan meneliti batinku sendiri sampai aku dapat mengenal diriku sendiri, serta memecahkan akan rahsia-Nya sehingga dapat aku mengatakan, “Rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku.”
Dalam-dangkalnya kebatinan seseorang bergantung pada dasar dari ilmu kebatinannya sendiri dan kelebihan seseorang akan kelihatan pada tindak-laku perbuatannya atau di waktu bertemu satu sama lain yang golongannya termasuk ahli kebatinan atau pada waktu mengamalkan ilmu pengetahuannya. Pengalamanku yang bertahun-tahun dalam perjalanan mengamalkan apa yang ada padaku, terutama di bidang pengubatan, membebaskan diri seseorang dari kesulitan-kesulitan yang dialami, tekanan-tekanan perasaan dan lain-lain, bahkan sampai kepada menurunkan ilmu pengetahuanku pada mereka yang berminat hendak mengamalkan pula seperti apa yang kuamalkan, pengalaman pengalaman yang aneh-aneh yang tadinya tak diduga sebelumnya yang tak makan di akal akan bisa terjadi tetapi terjadi, menyebabkan aku tak habis-habisnya berfikir dan merenungkan apa yang telah ada pada diriku itu sehingga mendatangkan kemahuanku yang teguh untuk mengetahuinya lebih mendalam dan aku sangat ingin memecahkannya secara ilmiah dan bukan secara mistik (yang harus menerima dan mempercayainya saja).
Aku yang tadinya belum tahu, dengan mengingat dan mempelajari kembali apa yang telah terjadi pada waktu aku mengamalkan apa yang ada padaku, dengan beransur dan teratur
telah menjadi tahu. Walaupun belum keseluruhannya aku tadinya belum mengerti padanya, lambat-laun telah menjadi mengerti
walaupun belum keseluruhannya. Sampai akhirnya, aku dapat mengenal dan menemui dirikubsendiri dengan rahsia yang terkandung padanya sehingga rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku pula, sehingga kedudukanku (bagaimana aku sebenarnya) aku rahsiakan pula. Siapa yang dapat memecahkan rahsiaku? Terserah pada yang tahu dan Yang Maha Tahu adalah Tuhan.
Bagaimana caranya aku dapat mengenal dan menemui diri sendiri? Pengalamanku yang bertahun-tahun melakukan sesuatu untuk sesuatu, mencari sesuatu dengan sesuatu, menyimpulkan bagiku bahawa untuk tujuan sesuatu, untuk mendapatkan sesuatu, seseorang harus mengembara mengadakan dan melakukan perjalanan zahir dan batin kerana dalam perjalanan pengembaraan itu, bermacam-macam pengalaman yang akan diperdapat kerana akan bermacam-macam pula keadaan dan kejadian yang akan ditemui dan dilalui, kerana lain padang lain belalang, lain lubuk lain pula ikannya dan akan bermacam-macam pula pelajaran akan diperdapat berkat dari pengalaman-pengalaman yang telah tersua terhadap badan diri sendiri dan terhadap diri orang lain yang menghubungi atau yang berhubung dengan diri kita. Dan tak dapat dimungkiri, bahawa untuk mendapat dan
mengetahui sesuatu, seseorang harus mempunyai cara atau metode (method), analisa atau pemecahan, yang mana sebahagian besar orang menamakan tarekat. Tarekat bererti jalan.
Sesuatu jalan yang dijadikan amalan untuk mendapatkan sesuatu. Tarekat apa yang kupakai atau apa dan bagaimana jalanku? Aku
tak bertarekat seperti orang bertarekat, melainkan aku mempunyai jalan sendiri yang aku perdapat dan temui setelahnya aku banyak
berbuat dan berlaku di waktu aku mengadakan perjalanan pengembaraan. Dan setelahnya aku dapat mengenal dan mengetahui akan jalan yang telah aku perdapat itu, dan dengan pengalaman bertahun-tahun berjalan pada jalan tersebut, maka dapatlah aku mengatakan bahawa adalah jalan yang ada padaku itu antara lain ialah jalan untuk mengenal diri sendiri, dan terhadap orang banyak aku dapat mengatakan bahawa adalah tarekatku, tarekat untuk mengenal diri sendiri. Dan begitulah aku dapat mengisahkan, kisah hasil perjalananku
sebagai seorang manusia awam mencari seorang hamba Allah yang menamakan ‘Aku’ terhadap badan dirinya, yang bagi setiap orang tempatnya dan letaknya terahsia sebelum dapat menemuinya di tempatnya. Kisahku ialah begini:

Ulasan
Catat Ulasan