Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Undi

Ilmu Politik

Imej
Sempena pilihan Raya Umum (PRU) yang semakin dekat ini, penulis tertarik untuk menulis sedikit mengenai ilmu politik untuk kita fahami, supaya dapat kita dapat menilai setiap tutur- kata atau janji-janji politik yang banyak dihamburkan ketika ini. Politik secara amnya adalah satu istilah yang sinonim bagi golongan yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dalam sesebuah negara. Dari Presiden, Perdana Menteri sehinggalah menteri-menteri yang berada dibawahnya. Mereka-mereka ini dipanggil ahli politik atau politikus. Maksud lain bagi perkataan "ahli" adalah "pakar" atau "khusus", dengan istilah dan perkataan tersebut tentulah kita sedia maklum bahawa mereka bukanlah calang-calang dalam bidang itu (politik), sebagaimana yang kita faham seorang doktor yang mendapat "title" pakar, tentulah sangat mahir dalam bidang mereka. Hendak mendapatkan "title" tersebut mereka terpaksa menghabiskan masa dan wang ringgit lebih dari bidang-bidang yang la

Menjengah Pilihan Raya Umum ke 14 (2018)

Imej
Sekarang ini (april 2018) dalam suasana akan berlangsungnya pilihanraya umum (PRU) yang ke 14, yang tinggal tidak sampai sebulan lagi (9 may 2018). Namun kalau diperhatikan suasana yang nampak sekarang tidak menunjukkan akan adanya pilihanraya, iaitu sesuatu yang amat penting bagi sesebuah negara demokrasi. Kerana suasananya amat temang tanpa hiruk-pikuk dari parti-parti yang terlihat, samaada memasang bendera parti atau kempen-kempen permulaan sebagai pemanas badan (warm up). Hanya kelihatan bendera-bendera dari parti kerajaan berkibar diserata tempat, lebih-lebih lagi di kawasan pejabat-pejabat kerajaan. Adakah ini kerana belum sampai masanya untuk berkempen, atau kerana kebanyakan parti yang terlibat banyak berkempen melalui sosial media atau mungkin juga kerana mereka meramalkan akan memenangi pilihanraya kali ini. PRU pada penggal ini nampaknya amat mendebarkan dan sangat ditunggu oleh segenap lapisan masyarakat dan ahli politik, lebih-lebih lagi pada parti pembangkang rentetan