Ilmu Politik
Sempena pilihan Raya Umum (PRU) yang semakin dekat ini, penulis tertarik untuk menulis sedikit mengenai ilmu politik untuk kita fahami, supaya dapat kita dapat menilai setiap tutur- kata atau janji-janji politik yang banyak dihamburkan ketika ini. Politik secara amnya adalah satu istilah yang sinonim bagi golongan yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dalam sesebuah negara. Dari Presiden, Perdana Menteri sehinggalah menteri-menteri yang berada dibawahnya. Mereka-mereka ini dipanggil ahli politik atau politikus. Maksud lain bagi perkataan "ahli" adalah "pakar" atau "khusus", dengan istilah dan perkataan tersebut tentulah kita sedia maklum bahawa mereka bukanlah calang-calang dalam bidang itu (politik), sebagaimana yang kita faham seorang doktor yang mendapat "title" pakar, tentulah sangat mahir dalam bidang mereka. Hendak mendapatkan "title" tersebut mereka terpaksa menghabiskan masa dan wang ringgit lebih dari bidang-bidang yang lain. Begitulah juga bagi seorang ahli politik, untuk menjadi ahli politik, perkara yang paling utama adalah duit, selain kelulusan tinggi dalam akademik. Kerana duit adalah tiket atau nyawa bagi ahli politik sepanjang dia berada dalam kancah itu. Berbeza dengan bidang-bidang lain, seperti doktor misalnya hanya perlu mengeluarkan duit pada permulaan sebagai modal untuk belajar, dan selepas itu mereka hanya menunggu duit masuk, hasil dari perkhidmatan yang diberikan.
Dalam politik ilmunya hanya ada dua, iaitu duit dan tipu. Dalam politik tiada istilah tipu atau bohong, yang ada hanya propaganda. Propaganda adalah satu pembelajaran tahap tinggi bagi ahli-ahli politik. Propaganda-propaganda politik ini adalah sukar dilihat jika kita tidak memahami sepenuhnya tentang maksud dan caranya. Contoh paling mudah untuk memahaminya adalah ketika menonton television atau mendengar radio. Selalunya di radio jika ada lagu-lagu yang baru, dj akan memutarkan lagu tersebut berulang-kali dalam sehari, walaupun lagu tersebut pada mulanya terdengar tidak menarik malah ada yang sangat memualkan, namun apabila kita sudah sering terdengar lagu rersebut samada didalam kenderaan atau dirumah, tak semena-mena kita akan hafal lirik lagu tersebut dan kemudian kita pun akan ikut menyanyi mengikut melodi lagu tersebut. Begitu juga di television, akan selalu ada iklan, antaranya ada satu iklan ubat gigi, yang pelakonnya mengatakan bahawa produk iklan tersebut adalah halal. Apakah yang anda fikir tentang perkataan "halal" tersebut? Sudah tentulah kita akan tertanya-tanya, "eh selama ini aku memakai produk jenama lain tak halal ke". Ini akan menjadikan anda merasa ragu dengan jenama produk yang anda gunakan sekarang. Begitulah propaganda itu berfungsi, mempengaruhi kita secara halus dan berulang-ulang. Ianya juga boleh diumpamakan sebagai "sihir" melalui psikologi fikiran. Begitulah ahli-ahli politik ini yang sentiasa hidup dalam strategi atau secara kasarnya merancang satu penipuan berskala besar. Apa sahaja yang mereka buat dan cakap tidak pernah lurus dan sentiasa bermuka-muka demi menjaga pengaruh politik mereka. Dan mereka inilah yang sangat sesuai dipanggil munafik yang amat nyata.
Jika kita ingat isu yang pernah berbangkit beberapa tahun dahulu boleh dijadikan contoh yang nyata kemunafikan mereka. Antaranya adalah khabar angin tentang perlucutan jawatan seorang menteri besar selangor yang mana mereka telah menafikan perkara itu, tetapi tidak lama kemudia ianya benar-benar terjadi. Tentang khabar angin kenaikan harga gula dipasaran, menteri yang terlibat ketika itu juga telah menafikannya, namun telah menjadi kenyataan tidak lama kemudian. Dan satu lagi mengenai isu yang masih ada lagi sehingga sekarang iaitu "GST". Sebelumnya menteri-menteri dan orang-orang yang berkaitan telah bermati-matian mempertahankan keperluan memperkenalkan gst sebagai sesuatu yang baik dan bermanfaat buat rakyat dan juga kerajaan. Tetapi hasilnya anda sendiri boleh lihat.
Begitulah dasar atau pokok ilmu politik, iaitu "strategi penipuan terancang" berskala besar. Jadi kita sebagai orang bawah atau yang tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam mengawal atau mengubah satu-satu dasar boleh menggunakan satu cara untuk itu iaitu "undi". Sempena Pilihanraya Umum ini, hendaknya kita sebagai pengundi perlu memahami sedikit-sebanyak tentang politik supaya tidak mudah terpengaruh dengan propaganda-propaganda yang mereka bawa, kerana perancangan mereka dalam menghadapi situasi pilihanraya ini bukan sehari dua tetapi telah dirancang dengan rapi sejak bertahun-tahun lamanya. Sebab itu kita dapat melihat mereka ini tidak habis-habis berpolitik walaupun pilihanraya telah selesai malah baru beberapa hari berlalu, namun kempen (strategi) mereka telah dimulakan bagi persediaan menghadapi penggal yang berikutnya. Sebagai manusia biasa, sedikit sebanyak, pasti apa yang mereka momokkan akan melekat pada minda, dan yang sedikit itu akan bertambah dari semasa ke semasa sehingga klimaknya pada pilihanraya berikutnya.
Ilmu politik berikutnya adalah "Duit". Pengaruh duit ini amat kuat, itulah sebabnya seperti yang dinyatakan sebelumnya, iaitu duit adalah nyawa bagi ahli politik. Selain strategi yang mantap, duit boleh di umpamakan sebagai pelicin. Jika diperhatikan setiap kali pilihanraya berapa banyak duit yang telah taburkan, sebahagian dari duit kerajaan adalah diperuntukkan untuk menghadapi pilihanraya. Ketika inilah gunanya ahli-ahli perniagaan yang telah banyak dibantu oleh kerajaan (kerjaan pemerintah dan pembangkang) membalas budi dengan memberi tajaan dalam menghadapi pilihanraya. Disini barulah kita nampak kenapa tiada bantahan dari kerajaan apabila harga barang keperluan naik dalam pasaran. Keran ini adalah sebagai timbal-balik dalam strategi politik mereka. Jadi anda tak perlulah buat demonstrasi untuk membantahnya kerana buang masa sahaja. Lagi pula setiap isu yang timbul akan disediakan jawaban untuk menanganinya, bagi memberi keyakinan kepada pengguna bahawa perkara itu adalah untuk kebaikan. Namun ada juga menteri yang buta politik atau kurang belajar teori politik telah memberi jawaban yang boleh dikategorikan tidak bijak atau secara biadabnya "bodoh". Contohnya, jika beras naik, "jangan makan nasi, makanlah kentang atau gandum". Nampak tak kebodohannya? Kerana jawaban sebegitu akan menjadi perangkap buat dirinya suatu hari nanti, iaitu semasa pilihanraya, sebagaimana yang terjadi kepada seorang menteri besar selangor suatu ketika dahulu, yang telah menghadiahkan sebatang penyapu kepada orang bawahannya dalam satu majlis penghargaan.
Begitulah ilmu politik, yang lebih teruk dari ilmu sesat "ayah Pin" kerana mengsanya adalah rakyat satu negara sedangkan ayah Pin hanya memangsakan segelintir orang sahaja, tetapi telah di buru hingga menjadi ghaib tanpa dapat dikesan. Kehilangan ayah Pin Ini pun salah satu dari ilmu politik juga....?!

Ulasan
Catat Ulasan