Menjengah Pilihan Raya Umum ke 14 (2018)
Sekarang ini (april 2018) dalam suasana akan berlangsungnya pilihanraya umum (PRU) yang ke 14, yang tinggal tidak sampai sebulan lagi (9 may 2018). Namun kalau diperhatikan suasana yang nampak sekarang tidak menunjukkan akan adanya pilihanraya, iaitu sesuatu yang amat penting bagi sesebuah negara demokrasi. Kerana suasananya amat temang tanpa hiruk-pikuk dari parti-parti yang terlihat, samaada memasang bendera parti atau kempen-kempen permulaan sebagai pemanas badan (warm up). Hanya kelihatan bendera-bendera dari parti kerajaan berkibar diserata tempat, lebih-lebih lagi di kawasan pejabat-pejabat kerajaan.
Adakah ini kerana belum sampai masanya untuk berkempen, atau kerana kebanyakan parti yang terlibat banyak berkempen melalui sosial media atau mungkin juga kerana mereka meramalkan akan memenangi pilihanraya kali ini. PRU pada penggal ini nampaknya amat mendebarkan dan sangat ditunggu oleh segenap lapisan masyarakat dan ahli politik, lebih-lebih lagi pada parti pembangkang rentetan dari kejayaan mereka pada PRU yang lepas menafikan majoriti 2/3 pada pada parti pemerintah. Dan PRU kali ini juga memberi lebih tekanan kepada kerjaan sedia ada dalam mempertahankan penguasaan mereka dalam pentadbiran. Yang mana PRU dua penggal terakhir ini dilihat seakan mampu mengubah hala tuju politik negara setelah sekian lama didominasi oleh sebuah parti sahaja.
Apapun, itu semua terpulang kepada kebijaksanaan para pengundi yang sekarang ini lebih berfikiran terbuka dalam membuat keputusan. Dan diharapkan kepada pengundi supaya lebih berdisiplin dan tidak terlalu taksub kepada sesebuah parti atau ahli politik, dan tidak emosi terhadap provokasi yang dilemparkan oleh mereka. Yang penting anda tahu dan faham apa yang anda pilih. Jangan terpengaruh dengan propaganda mereka!
SELAMAT MENGUNDI, undi anda adalah rahsia!

Ulasan
Catat Ulasan