Bagindo Muchtar - Batinku - Bab 10

Orang yang telah lama mengikut jalannya, berjalan pada jalannya dan mahu mengadakan penelitian yang saksama tentang jalan itu, akan mendapat kesimpulan bahawa jalan itu adalah jalan lurus, jalan yang berpetunjuk lagi berisi; isinya nikmat, tidak dimurkai dan tidak pula sesat. Maka akan beruntunglah mereka yang dapat menemui jalannya, berjalan bersertanya dan pada jalannya yang banyak mengandung rahsia itu. Orang yang telah banyak dapat mengerti padanya, mengetahui akan keadaannya yang sebenarnya, pasti akan merubah pendirian hidupnya.

Kalau tadinya dia berpendirian bahawa titik-tolak kehidupannya dimulai dari yang dihidupkan, setelah dapat mengenalnya pasti akan merubah pendiriannya kepada yang hidup lagi menghidupkan, yang titik-tolaknya dimulai dari dalam badan diri sendiri. Bukankah kehidupan itu terlebih dahulu berjalan di dalam badan diri sendiri? Dapatkah seseorang berbuat kalau kehidupan di dalam badan dirinya tidak berjalan? Sudah tentu tidak dan pasti tidak. Dari itu, kenalilah dirimu sendiri lebih dahulu.
Mengenal diri, mengenal Tuhan,” kata para arifin (orang yang arif).
Orang yang berpegang kepada yang dihidupkan sama juga berpegang pada yang mati, sebab tiap-tiap yang dihidupkan pasti mati.

Berpeganglah kepada yang hidup yang tidak mati, berkedudukan; yang kedudukannya akan berpindah bila kematian mendatang pada yang dihidupkan. Dan setelah kematian mendatanginya, maka dia meninggalkan dunianya dan pulang kembali ke Rahmatullah. Mati bagi badan ialah setelahnya duniaku kutinggalkan (meninggal) kerana ‘A’-ku pulang kembali ke Rahmatullah. Mati bagi badan bererti kehidupanku sebagai seorang manusia sudah sampai di batasnya. Duniaku kutinggalkan bererti bagiku tugasku sudah selesai sebagai seorang hamba dan ‘A’-ku pulang kembali ke Rahmatullah kerana Yang Empunya datang menjemput.

<< Sebelumnya - Bab Sembilan
Seterusnya - Bab Sebelas >>

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Wanita Menurut Kitab Tajul Muluk

Ciri-Ciri Wanita Yang Ada Dara Dan Tiada Dara

Allah Sebagai Rakan Kongsi Perniagaan