Bagindo Muchtar - Batinku - Bab 15

Pengajian asal-usul belum berhenti sampai di tiga pokok tersebut kerana belum sampai kepada pokok yang sebenarnya. Pokok yang sebenarnya Esa iaitu Allah. Semuanya akan kembali kepada keadaannya semula iaitu kepada keadaan-Nya, Allah, dan begitulah adanya. Dan pernah pula aku mendengar ucapan yang keluar dari mulut seseorang pengembara pula, yang kebetulan sedang bermukim pula di tempat kubermukim iaitu dia mengatakan, “Sebaik-baik manusia padanya harus ada: 
Pertama; limpah daripada Raja, 
kedua; waris
daripada Nabi, dan 
ketiga; gerak daripada Allah.”

Melalui ini aku menyerukan dan bertanya, “Wahai insan, cubalah renung dan fikirkan adakah ketiga-tiga unsur tersebut di diri masing-masing?” Terserah padamu sendiri untuk menjawabnya sambil memikirkan perlu tidaknya itu diketahui. Bagi diriku sendiri, aku berasa perlu mengetahuinya untuk lebih dapat aku mengenal siapa Aku sebenarnya dan yang mana Aku yang sebenarnya.

Dan setelahnya aku dapat mengenalnya dan menemuinya jalannya, maka dialah peganganku dan berjalan pada jalannya (jalan yang aku sendiri dapat merasakannya). Bawaan pada kenyataannya ialah gerak-gerak yang bergerak dengan sendirinya (gerak automatik), gerak yang daya penggeraknya datangnya bukan dari luar badan diri, melainkan yang terbit dan timbulnya dari dalam diri sendiri yang bagiku kunamakan akan dia Kudratullah dan geraknya kunamakan Gerak Allah. Daya tenaga yang terkandung dalamnya ialah tenaga ghaib yang tak dapat dilihat akan tetapi dapat dirasakan. Jalan-Nya telah kujadikan jalanku. Lain jalanku dan lain pula jalan orang. Aku, walaupun di mana Aku berada (di laut, di udara di daratan), namun jalanku tak kulupakan. Sedang dudukpun Aku berjalan kerana bukankah telah kukatakan bahawa antara Aku dengan dia (antara yang satu dengan yang lain), jauh tak berantara dan dekat tak berbatas?

Dalam perjalanan pengembaraanku, banyak kudapati orang-orang yang tertarik pada amalanku dan banyak pula sudah yang kubukakan pintu, kubawa berjalan keluar dan kutunjukkan jalan dan telah banyak pula telah berjalan pada jalanku dan mengamalkan amalanku. Dan amat sayang sekali, mereka itu belum kenal betul akan Aku yang sebenarnya. Aku pimpin mereka, Aku bukakan pintu, Aku tunjukkan jalan dengan membawa dia berjalan pada jalanku. Aku didik dia untuk bisa berdiri sendiri dan akan kulepaskan untuk bisa berjalan pada diri sendiri kerana untuk dapat mengetahui Aku sebenarnya dan siapa pula Aku dia sendiri, apalagi untuk mengenal dirinya sendiri. Siapa dia, dia sendiri pula yang akan menentukan. Aku hanya menunjukkan jalan dan membawanya kepada jalan yang benar.

<< Sebelumnya - Bab Empat Belas
Seterusnya - Bab Enam Belas >>

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Wanita Menurut Kitab Tajul Muluk

Ciri-Ciri Wanita Yang Ada Dara Dan Tiada Dara

Allah Sebagai Rakan Kongsi Perniagaan