Bagindo Muchtar - Batinku - Bab 16

Diriku yang kukenal bukan sahaja hanya terdiri dari insan yang telah berkembang menjadi orang (manusia), melainkan juga sesuatu yang terahsia. Letaknya di balik insan. Rahsia ghaib dari Yang Maha Ghaib yang mengandung daya dan tenaga ghaib. Orang mengatakan, ‘hendak melihat diri, bercerminlah ke kaca.’ Dengan bercermin ke kaca, seseorang dapat melihat rupa dan bentuknya. Aku akan mengatakan, hendak mengenal diri bercerminlah ke kaca. Setelah seseorang bercermin ke kaca, apa yang telah dapat dikenalnya tentang dirinya? Kalau hanya rupa dan bentuk, cukup dengan cara melihat saja, akan tetapi samakah ertinya dengan keadaannya melihat dan mengenal?

Dengan melihat saja belum bererti seseorang telah mengenalnya, akan tetapi dengan mengenalnya mungkin dengan pengertian engkau telah melihatnya lebih dahulu, setelah itu baru engkau dapat mengenalnya. Dan sekarang timbul pertanyaan apa yang telah engkau lihat itu? Suatu pertanyaan yang harus seseorang dapat menjawabnya, iaitu samakah dasarnya engkau yang mengadap ke kaca dengan orang yang timbul dari kaca? Pertanyaan ini sudah tentu ditujukan kepada seseorang yang mahu mengerti dan mahu mengetahui dan mengenal akan dirinya sendiri? Bagi orang yang tak ada perhatiannya ke sana, kiranya pertanyaan ini tak perlu dijawabnya.

Kalau pertanyaan tersebut telah terjawab, maka akan menyusul pula pertanyaan yang lain, iaitu, “Ada apa di dirimu dan terdiri dari apa dirimu itu? Dan kalau engkau telah dapat mengenal dan mengetahuinya, bagaimana pendirianmu? Apa engkau orangnya yang mengadap ke kacakah atau orang yang timbul dari kaca?” Bagiku sendiri, oleh kerana aku mahu mengerti dan mahu mengetahui dan mahu mengenal akan diri yang sebenarnya diri dan yang akan menjadi pendirianku pula, maka aku akan mengatakan bahawa dasarnya yang sebenarnya, adalah tidak sama. Kalau dasar dari yang berkaca, kuketahui tadinya air titisan dari ibu bapa dan sebelumnya, tanah (ingat akan kejadian nenek-moyang kita, manusia yang pertama), maka dasarnya dari orang yang timbul dari kaca itu hanya sebagai perumpamaan saja. Kasarnya disebut kaca.

Bagi yang mahu mengerti akan tujuannya yang sebenarnya, halusnya iaitu cahaya dan kalau diperdalam lagi, maka aku mengatakan dasar yang sebenarnya ialah nur. Dan untuk keseluruhannya (iaitu yang meliputi badan diri kita) menjadikan apa yang dinamakan orang ‘rohani’ iaitu perkembangan dari kata asal ‘roh.’ Seumpama pelita dalam sebuah rumah yang pintunya tertutup rapat. Melalui sebuah lubang dari dinding rumah tersebut orang dapat melihat keadaan dalam rumah itu dengan berkat cahaya dari pelita tersebut. Cahayanya meliputi alam sekelilingnya dan berbataskan keseluruhannya pada dinding rumah itu. Dan kalau seseorang mahu menggambarkan akan batas-batasnya cahaya itu keseluruhannya, orang akan melihat dan menemukan gambaran keseluruhannya seperti atau serupa gambaran dari rumah tersebut di dalam.

Dan dengan pengamatan dan penelitian lebih mendalam, orang akan mengenal isinya iaitu apa yang ada dalam rumah itu. Rumah tersebut akan tetap bercahaya selagi itu pelita masih hidup dalam rumah tersebut. Dengan membuka pintu atau membuka jalan untuk keluar, maka akan memancarlah itu cahaya keluar, yang akan dapat dirasakan secara positif bagi yang telah terbuka jalan baginya, terutama bagi mereka yang sedang mengadakan pengamatan dan penelitian. Dan selanjutnya bagi si pengamat (kalau itu pancaran telah ditemuinya dan telah dapat pula merasakannya secara positif), maka dengan pengamatan dan penelitian yang lebih mendalam, orang akan dapat pula mengetahui dan dapat menjawab pertanyaan, “Terdiri dari apa diri itu?” Penyelidikan yang lebih mendalam (pengalaman-pengalaman, percubaan yang diadakan dengannya, pengetahuan yang mendalam tentang Tuhan dan ketuhanan, ilmu tauhid yang dapat dipelajari pada ahlinya, karangan-karangan ahli tasawuf, ahli tarekat, orang-orang besar serta pendapat-pendapatnya tentang Tuhan dan ketuhanan, ahli-ahli kebatinan lain-lain yang sifatnya mistik dan ilmiah) perlu diketahui untuk bandingan bagi diri sendiri yang sedang mengadakan pengamatan dan penelitian tentang sesuatu dengan sesuatu, apalagi dalam mencari akan hakikat yang sebenarnya.

Dalam pada itu tak pula lupa pendirian sebagai seorang yang bertuhankan kepada Allah, akan faham agama yang diperlunya. Pancaran yang telah memancar dari dalam badan diri sendiri itu, yang berasal dari cahaya yang berada dalam rumah sendiri dan telah diketahui pula cahaya itu adalah cahaya dari pelita yang ada dalam rumah itu. Pelita itu ‘hidup’ dan mustahil mati, kerana kalau mati tentu tak ada cahayanya.
Dan itulah dia pancaran dari kehidupanku di dalam yang bersumberkan dari cahaya dan kuketahui cahaya datangnya dari pelita yang menghidupkan yang mati dan mematikan yang dihidupkan. Kalau dia telah tidak ada lagi (kerana telah pulang kembali ke asalnya, iaitu ke Rahmatullah), maka pada yang ditinggalkannya disebut orang, dia telah meninggal atau kasarnya telah mati. Dia meninggal setelah ‘nya’ berpulang ke Rahmatullah atau setelah kembali ke Hadirat Illahi. Itu ‘hidup’ telah meninggalkan badan diri. Dengan berpegang kepada itu pancaran yang telah memancar, penelitian yang lebih mendalam terhadapnya dengan mengadakan percubaan-percubaan untuk mempelajarinya, maka akan dapatlah diketahui bahawa pancaran itu (kenyataannya keluar) adalah apa yang dinamakan elektron dan oleh kerana asalnya, datangnya dan sumbernya dari yang ‘hidup’ lagi menghidupkan, maka adalah elektron itu elektron hidup yang mengandungi proton-proton hidup (zat serba zat), yang daya kemampuannya dan tenaganya melebihi dari elektron-elektron dan proton-proton benda. Ini dapat kukatakan setelahnya aku dapat menemui dan merasakannya.

Oleh kerana dia berasal dari ‘hidup’ yang dinamakan hayat atau ‘pelita’ pada perumpamaannya, maka alirannya serta isinya mustahil mati (tentu mesti hidup). Dan begitulah pancarannya yang telah dapat memancar keluar dan bagi yang telah dapat merasakannya adalah dia itu apa yang dinamakan orang elektron dengan pengertian bukan elektron benda, melainkan elektron hidup. Dan kelanjutan pemecahan dan penyelidikan, orang akan menemui itu proton-proton iaitu proton hidup atau zat hayat. Maka dengan pemecahanku ini dan penemuanku akannya, terjawablah sudah akan pertanyaan terdiri dari apa diri itu. Aku dapat menemuinya ialah melalui diriku sendiri. Setelah dapat mengenal diriku sendiri, maka aku akan mengatakan bahawa adalah aku orangnya yang timbul dari kaca dan kenyataannya keadaanku ialah pada orang yang mengadap ke kaca.

<< Sebelumnya - Bab Lima Belas

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Wanita Menurut Kitab Tajul Muluk

Ciri-Ciri Wanita Yang Ada Dara Dan Tiada Dara

Allah Sebagai Rakan Kongsi Perniagaan