Bagindo Muchtar - Batinku - Bab 5

Biasanya, orang-orang yang begitu mencintai dunia begitu terikat kepada kebendaan yang tindak-laku perbuatannya lebih banyak mengemukakan hawa nafsu itulah yang payah menghadapi kematian, kerana jalan pelepasan baginya sendiri begitu berbelit ikatannya oleh kerana cintanya pada benda dan kebendaan sudah sangat begitu mendalam, sehingga seolah-olah berat berpisah dengannya.

Suatu perjalanan kehidupan yang tadinya kebanyakan menurut hawa nafsu dan tak pernah atau jarang sekali memikirkan bahawa dirinya sendiri akan mati, akan berpisah dengan dunia kebendaan yang dicintainya dan jalan kembali pula sangat gelap baginya, oleh kerana tak pernah memikirkan selama ini apa itu mati, apa sebenarnya yang mati, apa adakah kehidupan lagi di balik kematian. Dan untuk menginsafkan diri, sering-seringlah mendatangi orang sakit, sering-seringlah melepas seseorang atau menghadapi seseorang dalam sakaratulmaut (dalam menghadapi kematian yang akan ditempuhnya), bagaimana cara perjalanan perpisahan antara yang satu dengan yang lain, antara yang akan pergi dan yang akan tinggal. Hendaklah dihadapi sesampai-sampainya seluruh tubuh sudah kaku dan dingin. Dan cubalah renungkan dan fikirkan dalam-dalam perisiwa-peristiwa yang telah dialami itu dan ambillah pelajaran daripadanya dan tanya diri sendiri, bagaimana pula aku nanti? Tujuanku menerangkan soal mati dan menghadapi kematian ini bukanlah untuk menganjurkan supaya seseorang akan memasuki atau membawakan hidup kerohanian dengan meninggalkan dunia yang indah cantik lagi menarik ini. Bukan! Melainkan untuk mengajak insan yang banyak yang telah salah jalan untuk merenung dan memikirkan lebih mendalam, bagaimana caranya (harusnya) membawakan hidup dan kehidupan supaya dapat tercapai dan merasakan kenikmatan kebahagiaan hidup di dunia dan mendapat tempat yang sebaik-baiknya nanti di akhirat. Selagi hidup sebagai seorang manusia dapat hendaknya merasakan akan kasih sayang Tuhan terhadap badan diri dan rasa syukur terhadap Tuhan sedalam-dalamnya atas Kurnia-Nya yang tak menghendaki balasan, mensyukuri nikmat-nikmat yang telah dituangkan ke diri masing-masing dengan tahu jalannya untuk digunakan buat diri sendiri, memberi manfaat bagi tiap-tiap manusia, masyarakat, bangsa dan agama.

Cuba tanya diri sendiri; dengan apa engkau hidup, apa modalmu untuk hidup, apa tujuan hidupmu, siapa engkau, hendak ke mana engkau dan mahu apa engkau? Untuk dapat menjawab segala pertanyaan tersebut di atas, seseorang hendaklah harus dapat mengenal akan dirinya sendiri sejak dari luar sampai ke dalam. Mungkin berlainan tanggapan seseorang dengan yang lain, cara memahami diri dan mungkin berlainan pula cara seseorang memecahkan rahsia diri sendiri untuk dapat mengenalnya, dan berkemungkinan pula berlainan pendapat seseorang tentang diri sendiri. Dan begitu pula aku dan yang dapat kuhuraikan ialah cara aku sendiri pula mencari jalan untuk dapat mengenal dan menemui akan diriku sendiri. Setelah dapat mengenalnya, baru dapat aku mengatakan bahawa sebenarnya dia telah lama berserta aku atau aku telah lama bersertanya. Aku yang bodoh selama ini kerana aku tak mengerti padanya. Aku menganggap dia jauh, padahal dia sangat dekat padaku. Aku memandang terlampau jauh ke luar menurut gambaran alam fikiranku, padahal dia bukan di situ tempatnya. Tempatnya yang sebenarnya ialah di Alam Perasaan. Rasa yang terpendam tadinya dengan tak kusedari telah keluar menjadi kenyataan. Kenyataannya padaku ialah setelahnya aku dapat merasakan betul secara positif akan rasa yang terpendam itu, yang terbit dan timbulnya dari dalam badan diriku sendiri. Aku mengembara dan berjalan tadinya sambil beramal dengan tujuan mencari Yang Benar dan untuk membuktikan akan kebenaranku pula. Suatu perjalanan pengembaraan yang mesti ada penyebabnya atau sebab kerananya.

<< Sebelumnya - Bab Empat

Seterusnya - Bab Enam >>

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Wanita Menurut Kitab Tajul Muluk

Ciri-Ciri Wanita Yang Ada Dara Dan Tiada Dara

Allah Sebagai Rakan Kongsi Perniagaan