Bagindo Muchtar - Batinku - Bab 7
Berikut, penurunanku setelah aku dapat mengetahui akan keadaan-Nya yang sebenarnya:
Dalam perjalananku menuju kepada-Nya, aku berasa, bertambah dekat aku kepada-Nya, aku bertambah tiada, bahkan di Hadirat-Nya aku sudah tidak ada lagi. Yang ada hanya Dia dalam keadaan-Nya pula. Dan terus terang aku katakan, bahawa mengenai Dia, aku tak dapat mengatakan apa-apa, kerana di Hadirat-Nya aku sudah tak ada lagi. Tidak ada yang ada padaku; gerak tidak, geri tidak, tidak ada daya dan upaya, dan yang ada hanya Dia. Setelahnya aku kembali dari perjalananku iaitu kembali pada keadaanku semula, kesan-kesan yang aku perdapat dan pelajaran yang aku perdapat dalam perjalanan menuju kepada-Nya, antara lain sangat malu aku akan diriku sendiri, kerana itu perkara yang tadinya kuanggap besar dan sangat besar sehingga datang keinginanku hendak mencari-Nya guna untuk mengadukan halku dan mohon keadilan, rupanya di sisi-Nya tak ada erti sedikit juga.
Suatu perkara yang sangat besar rasanya bagiku, tetapi bagi-Nya sangat kecil dan tak bererti. Akhirnya, kuambil keputusan tidak akan kuadukan halku kepada-Nya, melainkan keinginanku timbul hendak mengetahui akan Rahsia-Nya. Dalam pengalamanku untuk mengetahui akan Rahsia-Nya, aku hanya dapat menggambarkan atau membayangkan dengan perumpamaan seperti tersebut di bawah ini: Jauh di sana, aku melihat suatu cahaya; cahaya dari sebuah lampu dari menara yang beradanya di satu pulau, yang mana lampu tersebut kelihatannya dari jauh sebentar hidup sebentar mati. Gunanya sebagai petunjuk bagi jurumudi-jurumudi kapal yang lalu lintas dan yang pulang pergi melalui pulau itu, supaya jangan melanggar karang. Aku ingin hendak mendatangi cahaya itu dan dengan perlengkapan yang ada padaku, kuarahkan bahteraku ke pulau tersebut. Setelah dapat melalui alun dan gelombang, batu dan karang, badai dan taufan dan lain-lain sebagainya yang merupai halangan dan rintangan, akhirnya pulau idamanku itu tercapai juga dan aku dapat mendarat dengan selamat. Anehnya, dalam perjalanan aku menuju pulau cita itu, semakin dekat aku kepadanya, tambah nyata padaku akan keadaannya. Di antaranya lampu yang tadinya dari jauh kulihat sebentar hidup sebentar mati, di sana tidak pernah mati, bahkan hidup terus.
Sekarang aku telah berada di bawah Cahaya-Nya itu dan aku 8ingin hendak mengetahui akan Rahsia-Nya. Perhatianku semula tertuju kepada menara di tempat di mana lampu itu beradanya. Lampu yang dimaksud letaknya di puncak menara tersebut, lebih tinggi dari pokok-pokok kelapa yang tumbuh sekelilingnya, supaya dapat dilihat oleh jurumudi-jurumudi kapal yang lalu lintas di sana. Dan untuk dapat mengetahui akan rahsianya lampu tersebut, orang harus menaiki itu menara sampai ke puncaknya dan menyaksikannya dengan mata kepala sendiri. Begitulah aku setelahnya menyaksikan sendiri akan keadaannya dapat tahulah aku akan rahsianya, yang mana pada kenyataannya dapat aku mengatakan akan keadaannya yang sebenarnya dan sebab-sebabnya hidup dan mati kelihatan dari jauh. Yang menjadikan pemikiran bagiku pada masa itu ialah dapatkah orang di daratan mempercayai aku, kalau aku mengatakan bahawa lampu itu tidak mati seperti yang kelihatan dari jauh, melainkan hidup terus? Sudah tentu mereka itu tak mahu membenarkan akan perkataanku itu, kerana berlainan dengan kenyataan pandangan dari jauh. Sebaliknya akan berpalingkah aku dari kenyataan kebenaran yang telah aku saksikan sendiri itu? Sudah tentu aku tidak akan mahu membohongi diriku sendiri dan aku tetap pada pendirianku, kerana aku telah menyaksikannya sendiri dan aku akan mengatakan aku telah kembali dari Sana. Aku teringat pula kembali akan peristiwa-peristiwa yang kualami, apa yang telah terjadi terhadap badan diri kami, aku dan isteriku (almarhumah). Segala kata-kataku tentang peristiwa itu mereka tak mahu menerimanya.
Mereka hanya mahu melihat kepada akibat-akibatnya dan tak mahu menyelidiki akan sebab kerananya. Dan aku sendiri, dipercayai atau tidak, aku tetap pada pendirianku kerana aku sendiri yang mengalami dengan tidak ada saksi yang lain yang melihat apa-apa sebenarnya yang telah terjadi terhadap badan diri kami, apalagi penyebabnya itu tak dapat dibuktikan dengan kenyataan. Dan memang kiranya tidak satu orangpun tidak akan percaya kalau tidak dialaminya sendiri seperti peristiwa-peristiwa yang kualami. Dikalahkannya aku dengan bilangannya yang banyak, sedangkan aku hanya sendiri yang bertahan dan yang mempertahankan akan segala sesuatunya. Memang benar, Yang Benar hanya Satu, yang tak benar banyak. Bagi mereka yang ingin hendak mengetahui akan rahsianya lampu itu, aku silakan supaya mendatangi suatu pulau yang ada menaranya dan bermalamlah di sana kerana lampu yang ada di sana itu dipasangnya (dihidupkan) pada malam hari. Dan yang ingin mendengarnya dariku, carilah dan datangilah aku atau temuilah aku. Pasti aku ceritakan atau akan kuhuraikan, bagaimana keadaannya sebenarnya.
Mengenai cerita lampu, teringat aku akan firman Tuhan dalam al-Quran Surat An-Nur, Ayat 35 yang terjemahannya menurut tafsir Bapak Muhammad Yunus:
“Allah memberi cahaya langit dan bumi. Umpama cahaya-Nya kepada orang yang beriman, seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita, pelita itu di dalam gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilau-kilauan di langit. Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayu yang berkat, iaitu minyak zaitun, yang tiada tumbuh di Timur dan tiada pula di Barat. Hampir minyak itu bercahaya dengan sendirinya, meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdamping sesama cahaya. Allah menunjukkan orang yang dikehendaki-Nya kepada cahaya itu. Allah menunjukkan beberapa perumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahui tiap-tiap sesuatu.”
Apa yang telah kulakukan setelahnya aku dapat mengetahui akan Rahsia-Nya itu? Di tempat ketinggian itu, aku memandang ke kiri dan ke kanan dan yang aku lihat hanya lautan semata-mata, sekali lagi lautan. Maka teringatlah aku akan sebuah pantun yang dinyanyikan oleh seseorang yang sedang risau:
Cincin bernama Ganto Sari
Sesuai saja di kelingking
Hilang ke mana akan dicari
Lautan saja berkeliling
Dan bila kutukikkan pandanganku agak ke bawah, tidak jauh dari tempat berdirinya menara itu, aku melihat sebuah rumah yang dilingkungi dengan pagar berduri, yang bererti pula tidak sebarang orang boleh masuk ke dalamnya. Aku ingin hendak mendekati rumah itu, bahkan kalau boleh memasukinya sekali untuk bertemu dengan penghuninya, kerana ada rumah tentu mesti ada penghuninya atau yang menunggunya. Dan begitulah aku turun ke bawah melalui anak tangga yang lupa aku menghitung berapa banyaknya dan terus menuju rumah yang aku lihat itu. Aku sampai di pintu pagar, aku melihat ke kiri dan ke kanan, ke sekeliling pulau tersebut kalau-kalau ada nampak orang yang menunggunya, akan tetapi aku tak melihatnya. Anggapanku mungkin orangnya lagi berada dalam rumah itu. Aku tolakkan pintu pagar dan selangkah demi selangkah aku melangkahkan kakiku menuju tangga rumah itu untuk menaikinya. Dengan ucapan ‘assalamualaikum’ aku naiki rumah itu, akan tetapi aku tak mendapat sahutan. Ah! Mungkin orangnya lagi berada dalam kamar dan tak dapat mendengar suaraku. Perasaanku waktu itu seolah-olah ada tenaga ghaib padaku yang membawa kakiku melangkah lagi untuk memasuki bilik yang mula pertama aku jumpai. Segala gerak langkah kakiku itu aku turutkan dengan perasaan yang tenang serta fikiran hendak bertemu dengan orangnya, penghuni dari rumah tersebut. Berulang-ulang aku mengucapkan salam, akan tetapi aku tak pernah mendapat jawapan. Sambil menurutkan gerak langkah yang dilangkahkan, tak lupa aku memandang ke sekeliling sambil memerhatikan apa yang ada dan begitulah aku sampai memasuki bilik yang ke dua, seterusnya yang ke tiga, namun yang kucari iaitu orangnya tak juga aku temui. Memerhatikan akan apa-apa yang kulihat dalam melangkah itu, cukup membuktikan dan menguatkan bahawa tak boleh tidak, penghuni rumah itu mesti ada. Banyak tanda-tanda yang aku perdapat akan keadaannya.
Ya, Tanda-tanda yang kulihat membuktikan ada keadaannya. Di mana dia berada? Aku turuni rumah yang kunaiki itu melalui tangga belakang sambil melihat sekelilingnya, ke dapur, ke kamar mandi, namun dia yang kucari tak juga nampak. Aku kelilingi pulau itu dengan ingatan kalau-kalau dia memancing, pun tak juga aku temui. Belakangan terfikir olehku, boleh jadi orangnya pergi ke daratan untuk membeli perbekalan yang kurang. Dan duduklah aku di tepi pulau melihat arah ke darat sambil menunggu orang yang kucari itu kembali. Hari berembang petang juga. Matahari telah condong ke Barat yang menandakan pula siang akan berganti dengan malam. Aku menanti dan menanti, namun yang kunantikan tak juga kunjung tiba. Akhirnya aku tersentak dari lamunanku. Aku mendengar sesuatu, seolah-olah bisikan yang kudengar yang bunyinya kira-kira begini,
“Hai anakku, apa juga yang kau tunggu lagi? Ketahuilah olehmu bahawa yang engkau tunggu itu tak akan kunjung datang, kerana Dia tak berupa dan bertampan: Ada pada sebutan tak ada pada kenyataan dan dengan Izin-Nya jua makanya engkau dapat sampai ke mari. Kembalilah ke tempat tadi dan lakulah apa yang dapat engkau lakukan.”
Aku sebut berulang-ulang akan kata-kata bisikan yang kudengar tadi, di antaranya:
“Dia tak berupa dan bertampan: Ada pada sebutan tak ada pada kenyataan dan dengan Izin-Nya jua makanya engkau sampai ke mari.”
Aku teringat akan keinginanku semula; aku hendak mencari Tuhan. Dan dengan tenang aku turutkan saja gerak langkah kakiku kembali menuju rumah yang kunaiki tadi, sambil memerhatikan akan keadaan sekelilingku. Tatkala memasuki kembali bilik yang telah kumasuki tadinya, sangat kagum aku melihat atau lebih tepat menyaksikan apa yang ada di sana. Semua apa yang kulihat itu tak ada di daratan. Dan dalam pada aku sedang asyiknya mengkagumi yang kulihat itu, terasa dan terdengar pula olehku suara bisikan,
“Hai anakku, apa jugakah yang engkau fikirkan lagi? Cepatlah sedikit, ketahuilah olehmu bahawa sebentar lagi atau tak lama lagi matahari akan terbenam. Siang akan berganti dengan malam dan engkau akan kembali pulang secepat mungkin, sebelum matahari terbenam. Kalau lewat dari itu engkau tak akan dapat kembali lagi dan apa kata orang di daratan nanti tentang kehilanganmu?”
Rasanya bagiku, apa yang kutemui di Sana boleh saja aku mengambilnya kerana bukankah dengan Izin-Nya jua makanya aku bisa sampai ke sana? Aku mahu semua, akan tetapi perahuku terlalu kecil untuk semua itu. Aku ingin hendak mempunyai sesuatu untuk kubuktikan pada orang di daratan, bahawa aku telah sampai ke Sana dan telah kembali dari Sana. Tanganku bergerak untuk mengambil sesuatu dan rupanya apa yang telah berada di tanganku, sebuah ‘Anak Kunci’ yang kukira dan duga bisa digunakan untuk keperluan sesuatu bila dikehendaki untuk membuka yang terkunci dan untuk mengunci yang terbuka. Dengan telah adanya ‘Anak Kunci’ yang tak begitu berat bagiku untuk membawa ke mana aku pergi, bererti pula masih bisa atau masih dapat aku membawa yang lain cita-cita, tak akan mengkaramkan bidukku. Aku memandang sekeliling dan pada ketinggian tepat di atas kepalaku, aku melihat segumpal tali yang hujungnya tersimpul sedikit ke bawah. Tanganku bergerak pula menuju ke hujung tali itu dan sewaktu aku terpegang dan berpegang padanya, dengan serta-merta tali tersebut menghulur dan menghulur dan dapat aku mengatakan,
“Kalau tadinya dengan perahuku yang kecil, bertahun-tahun lamanya aku berjalan dan belayar menuju pulau cita itu, dengan berpegang pada hujung tali itu sekejap sahaja aku telah kembali ke daratan.”
Rupanya itulah dia tali pergantunganku yang telah terputus semenjak aku keluar dari rahim dan setelahnya aku dilahirkan sebagai seorang insan. Dan semenjak itu aku telah mempunyai pegangan iaitu tali pergantungan yang terahsia bagi seseorang yang belum dapat mempunyainya dan ‘Anak Kunci’ di tangan yang bagi banyak orang masih terahsia pula sebelum dapat menemuinya. Suatu ‘Anak Kunci’ wasiat yang banyak mengandungi erti dan banyak mengandungi daya guna. Dan semenjak itu aku selalu bersertanya, walaupun apa-apa yang aku buat dan lakukan dan walau di manapun aku berada, pun dalam perjalanan pengembaraan selalu dengan tali pegangan itu dan ‘Anak Kunci’ yang telah ada di tanganku
<< Sebelumnya - Bab Enam
Seterusnya - Bab Lapan >>

Ulasan
Catat Ulasan