Catatan

Ciri-Ciri Wanita Yang Ada Dara Dan Tiada Dara

Imej
Foto : Tim Marshall Sauatu masa dahulu dara adalah sangat penting buat seorang wanita dan juga bagi lelaki ingin mencari calon isteri. Tapi keadaan sudah berubah kerana banyak pengaruh budaya baru yang melanda budaya dan adat-adat ketimuran serta pegangan agama yang semakin terhakis akibat dari menerima budaya-budaya negatif yang dianggap lebih " advance " atau " trendy ". Akibatnya ramai dikalangan wanita-wanita pada masa ini tidak lagi menganggap dara sesuatu yang penting. Namun walaupun begitu masih ramai kaum lelaki masih menitik-beratkan tentang pasangan hidup yang masih suci atau dengan kata lain, masih dara! Walaupun lelaki tersebut adalah jenis hidung belang dan perosak anak dara orang, tapi bila nak cari bini, nak yang dara aje … Tetapi masih ada juga dikalangan lelaki yang benar-benar menjaga perilaku yang baik dan ingin mencari calon isteri yang masih dara, disini saya berikan ciri-ciri wanita tersebut, supaya tak tersalah pilih dan tidak menyesal d

Mengenali Dajjal

Imej
  Siapakah Dajjal? Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain, selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “ Minal Munzharin ” seperti halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti. Dajjal ; ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “ syaqq ”, manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Kemudian oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimana

Allah Sebagai Rakan Kongsi Perniagaan

Imej
Kisah benar yang di angkat dari perjalanan , seorang jutawan Mesir bernama Solah Atiyyah ketika beliau hendak memulakan perniagaan, yang mana beliau telah memasukkan Allah sebagai rakan kongsi perniagaan bersama lapan rakannya yang lain. Kisah ini begitu popular pada beberapa tahun yang lalu. Walaupun telah banyak blog lain yang telah menyiarkan kisah ini, namun saya ingin mengabadikan kisah ini didalam blog ini sebagai impirasi kepada diri saya sendiri dan juga kepada pembaca sekalian. Pada permulaan ceritanya, ia terjadi di suatu daerah terpencil yang bernama Tafahna Asyraf, pekannya adalah di Mit Ghamr iaitu salah satu daerah yang bernaung di bawah negeri Daqahliah di Mesir. Ia bermula apabila ada 9 orang sahabat yang telah pun tamat pengajian mereka di satu universiti pertanian dan ternakan di Mesir. Mereka ini mengalami masalah kewangan yang mencengkam hidup mereka. Sehinggalah mereka berazam untuk cuba mulakan hidup mereka dengan membuat suatu pekerjaan. Maka mereka mem

Sepotong Roti Penebus Dosa

Imej
Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: " Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti ." Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelimang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud. Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua be

Kisah Wali Dari Lasem

Imej
Mbah Masum bermimpi bertemu Rasulullah katika tidur di Stesyen Bojonegoro. Beliau kemudian bersalaman dengan Baginda Rasul, dan setelah bangun tangannya masih berbau wangi. Sejak itu hidup Mbah Masum berubah. Kyai besar dan Wali Allah yang amat dihormati di kalangan umat Islam ini, yang biasa disapa Mbah Ma’shum, adalah salah satu dari dua Kyai yang berasal dari Lasem selain Kyai Baidhowi Abdul Aziz. Beliau senantiasa menjalin silaturahim, jujur, melindungi, menghormati tamu dan teguh menjaga kebenaran. Seluruh hidupnya diabdikan kepada masyarakat, terutama kaum papa. Beliau bahkan menganggap pengabdian ini sebagai jalan tarekatnya. Menurut Denys Lombard, ahli sejarah terkenal, “Mbah Masum adalah seorang guru (kyai) dari Lasem yang kurang dikenali di peringkat nasional, namun kematiannya pada tahun 1972 menimbulkan goncangan hebat dari hujung jaringan ke hujung jaringan lainnya.” Nama sebenarnya adalah Muhammadun, dianggarkan lahir sekitar tahun 1870. Ayahnya bernama Ahmad, seora

10 Gitaris Terbaik Dunia

Imej
1. Jimi Hendrix Jimi Hendrix (lahir 27 November 1942 - 18 September 1970) adalah gitaris, penyanyi, dan penulis lagu rock Amerika.  Walaupun hanya mengecapi kejayaan kerjaya arus perdananya sekitar hanya empat tahun, dia dianggap sebagai salah seorang pemain gitar elektrik paling berpengaruh dalam sejarah arus muzik popular, dan salah seorang pemuzik yang paling terkenal pada abad ke-20.  "Hall of Fame Rock and Roll" menggambarkannya Jimi sebagai "pemain instrumental paling hebat dalam sejarah muzik rock". 2. Jimmy Page James Patrick Page bukan sahaja sebagai seorang pemuzik, bahkan bertindak sebagai penulis lagu dan penerbit, yang mencapai kejayaan antarabangsa sebagai gitaris dan pengasas kepada band rock lagenda Led Zeppelin. 3. Eddie Van Halen Edward Lodewijk "Eddie" Van Halen adalah seorang pemuzik, penulis lagu dan penerbit keturunan Belanda-Amerika.  Dia lebih dikenali sebagai gitaris utama, dan sesekali bertindak sebagai pemain ke

Makna Cahaya Dan Maksud Ingat Diri

Imej
Pengertian Cahaya menurut Imam Al-Ghazali Allah itu cahaya, dan yang lain dari Dia tidak ada cahaya. Setiap cahaya adalah Dia, dan cahaya keseluruhan adalah Dia juga. Cahaya itu adalah sesuatu yang menzahirkan atau yang menampakkan yang lain atau lebih tinggi lagi iaitu sesuatu yang dengannya dan untuknya yang lain dizahirkan bahkan lebih tinggi dari itu lagi, iaitu sesuatu yang dengannya untk dirinya dan dirinya yang lain terzahirkan. Cahaya yang sebenarnya ialah sesuatu yang dengannya, untuknya, dan diri yang lain itu ter-zahirkan atau ternampakan. Cahaya ialah yang bercahaya dengan sendirinya. Cahaya itu timbul dalam dirinya, dari dirinya dan untuk dirinya. Cahaya tidak datang dari sumber yang lain.Cahaya yang demikian itu tidak lain tidak bukan hanya Allah saja. Bahawa langit dan bumi ini dipenuhi oleh cahaya, ada dua peringkat cahaya, iaitu pandangan mata dan pandangan akal. Cahaya yang pertama itu ialah apa yang kita lihat di langit seperti matahari, bulan dan bintang, dan