Bagindo Muchtar - Batinku - Bab 12

Diplomaku dari luar negeri. Pengakuan kuperdapat dari jauh, kebanyakan dari asal yang serumpun kerana di negeriku sendiri, di kampung halamanku, orang belum faham dan mengerti padaku. Ada satu-satu, akan tetapi aku hanya diperalat, didewa-dewakan untuk mengambil keuntungan bagi dirinya sendiri dengan memperjual-belikan nama aku. Kejadian itu tak salah pula kerana cahaya itu nampaknya dari kejauhan dari tempat yang gelap, dan bagi orang-orang yang hidup di bawah dan dilingkungi cahaya itu, itu pelita tak akan menjadi perhatian mereka. Dia tidak akan melihat kepada cahaya itu, kerana perhatiannya tidak tertuju ke sana.

Apa aku harus memperkenalkan diriku, untuk supaya aku dikenal dan sampai menjadi orang terkenal? Tidak! Aku tidak akan menonjol-nonjolkan diriku. Sesuai dengan pendirianku dan kedudukanku sebagai orang dalam dan terahsia, biarlah orang dapat berkenalan dengan aku melalui apa dan siapa sahaja. Dan anggapanku ialah kalau seseorang dapat mengenal Aku dan dapat menemuiku di tempatku, berkemungkinan ada bagiannya padaku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Wanita Menurut Kitab Tajul Muluk

Ciri-Ciri Wanita Yang Ada Dara Dan Tiada Dara

Makna Cahaya Dan Maksud Ingat Diri