Catatan

Makna Cahaya Dan Maksud Ingat Diri

Imej
Pengertian Cahaya menurut Imam Al-Ghazali Allah itu cahaya, dan yang lain dari Dia tidak ada cahaya. Setiap cahaya adalah Dia, dan cahaya keseluruhan adalah Dia juga. Cahaya itu adalah sesuatu yang menzahirkan atau yang menampakkan yang lain atau lebih tinggi lagi iaitu sesuatu yang dengannya dan untuknya yang lain dizahirkan bahkan lebih tinggi dari itu lagi, iaitu sesuatu yang dengannya untk dirinya dan dirinya yang lain terzahirkan. Cahaya yang sebenarnya ialah sesuatu yang dengannya, untuknya, dan diri yang lain itu ter-zahirkan atau ternampakan. Cahaya ialah yang bercahaya dengan sendirinya. Cahaya itu timbul dalam dirinya, dari dirinya dan untuk dirinya. Cahaya tidak datang dari sumber yang lain.Cahaya yang demikian itu tidak lain tidak bukan hanya Allah saja. Bahawa langit dan bumi ini dipenuhi oleh cahaya, ada dua peringkat cahaya, iaitu pandangan mata dan pandangan akal. Cahaya yang pertama itu ialah apa yang kita lihat di langit seperti matahari, bulan dan bintang, dan

Bagaimana 4 Band Besar Mencari Nama Mereka

Imej
Apabila kita melihat nama-nama band terkenal untuk pertama kali pada permulaan kemunculan mereka, kadang-kadang ianya kedengaran lucu atau sesetengahnya agak pelik dan ada juga yang unik. Namun untuk menamakan sebuah band bukanlah satu perkara yang mudah, kerana nama sesebuah band itu perlulah mewakili perwatakan aliran band tersebut, dan ianya juga harus unik, lain dari yang lain agar mudah diingati. Berikut ini adalah kisah 4 gergasi rock, bagaimana mereka medapatkan ilham untuk menamakan band mereka. Foo Fighters Apabila Dave Grohl memutuskan untuk menerbitkan album pertamanya selepas terkuburnya Nirvana atas kematian Court Cobain, dia sendiri memainkan semua instrumen dalam rakaman tersebut, kecuali sebuah petikan gitar solo yang telah di mainkan oleh Afghan Whigs' Greg Dulli. Album Grohl yang bertajuk 1995, yang mana album tersebut adalah sebenarnya album solo beliau atas nama Foo Fighters, tetapi Grohl mahu membentuk sebuah band untuk memainkan lagu-lagunya. Dipetik d

Rahsia Wanita Menurut Kitab Tajul Muluk

Imej
Pengaruh Empat Unsur (Air, Api, Angin Dan Tanah)  a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan. b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas WANITA BERUNSUR TANAH 1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban 2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah. 3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan. 4) Tidak suka membantah atau membangkang. 5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan. WANITA BERUNSUR AIR  1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat. 2) Mengambil berat. 3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan. 4) Menenangkan pasangan. 5) Sangat romantis. 6) Mudah menangis. WANITA BERUNSUR API 1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan. 2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga. 3) Penasihat yang baik. 4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga. 5) Pandai menghias diri agar

Makna Zikir

Imej
Artikel kali ini kita akan menyingkap sedikit berkenaan zikir atau wirid. Amalan zikir biasanya merupakan satu amalan rutin yang diamalkan oleh ahli-ahli Tasawuf dan Tariqat. Jadi topik ini ada bersangkutan dengan bidang Tasawuf dan Tariqat. Amalan ini lebih banyak menumpukan kepada kejiwaan (batin) yang menghasilkan satu rasa yang dipanggil "sirr", dan kerana itu mereka ini dikenali juga sebagai golongan kebatinan (Al-Bathiniyun). Imam al-Ghazali yang terkenal dengan kitabnya "Ihya Ulum Al-Din" ada menulis berkenan perkara ini, justeru beliau juga mengamalkannya. Melalui kitabnya itu Al-Ghazali telah menulis secara lengkap  dengan pengawasan standard yang selari dengan tuntutan syariah. Namun amalan zikir ini bukanlah sesuatu yang khusus buat golongan tasawuf atau tariqat tapi ianya satu amalan yang dianjurkan dalam agama Islam, sesiapapun boleh mengamalkanya, cuma yang membezakan antara orang biasa dan orang-orang tasawuf/tariqat adalah dari segi teknik dan jenis

Ilmu Politik

Imej
Sempena pilihan Raya Umum (PRU) yang semakin dekat ini, penulis tertarik untuk menulis sedikit mengenai ilmu politik untuk kita fahami, supaya dapat kita dapat menilai setiap tutur- kata atau janji-janji politik yang banyak dihamburkan ketika ini. Politik secara amnya adalah satu istilah yang sinonim bagi golongan yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dalam sesebuah negara. Dari Presiden, Perdana Menteri sehinggalah menteri-menteri yang berada dibawahnya. Mereka-mereka ini dipanggil ahli politik atau politikus. Maksud lain bagi perkataan "ahli" adalah "pakar" atau "khusus", dengan istilah dan perkataan tersebut tentulah kita sedia maklum bahawa mereka bukanlah calang-calang dalam bidang itu (politik), sebagaimana yang kita faham seorang doktor yang mendapat "title" pakar, tentulah sangat mahir dalam bidang mereka. Hendak mendapatkan "title" tersebut mereka terpaksa menghabiskan masa dan wang ringgit lebih dari bidang-bidang yang la

Ulama Dan Ilmu

Imej
Kenapa orang-orang islam sekarang semakin lemah? Kemana hilangnya kekuatan umat islam kini? Sedangkan sekarang ini ramai ulama-ulama baru yang muncul dengan berbagai pendekatan dalam menarik masyarakat mendekati islam malah ada yang masih muda-belia telah muncul dengan gelaran imam dan ustaz muda. Apakah kekurangan mereka sehingga gagal untuk menarik golongan  sasaran. Walaupun mereka begitu petah bersyarah dan berceramah namun mereka masih kekurangan aura kerana islam mereka tidak lengkap. Dan mereka-mereka ini sebenarnya cantik diluar tetapi kosong dari dalaman. Mereka ini hanya melihat agama hanya dari luar. Maksudnya tidak dilengkapi ilmu tasawuf atau ilmu hakikat. Lagi pula mereka ini banyak menolak dan menafikan apa telah dibawa oleh ulama-ulama atau para wali-wali terdahulu. Contohnya seperti amalan-amalan tariqat, wirid-wirid tertentu dalam medekatkan diri dengan Allah swt. Kerana mereka beranggapan wirid atau amalan yang berlebihan akan menjadikan seseorang itu tidak waras ata

Menjengah Pilihan Raya Umum ke 14 (2018)

Imej
Sekarang ini (april 2018) dalam suasana akan berlangsungnya pilihanraya umum (PRU) yang ke 14, yang tinggal tidak sampai sebulan lagi (9 may 2018). Namun kalau diperhatikan suasana yang nampak sekarang tidak menunjukkan akan adanya pilihanraya, iaitu sesuatu yang amat penting bagi sesebuah negara demokrasi. Kerana suasananya amat temang tanpa hiruk-pikuk dari parti-parti yang terlihat, samaada memasang bendera parti atau kempen-kempen permulaan sebagai pemanas badan (warm up). Hanya kelihatan bendera-bendera dari parti kerajaan berkibar diserata tempat, lebih-lebih lagi di kawasan pejabat-pejabat kerajaan. Adakah ini kerana belum sampai masanya untuk berkempen, atau kerana kebanyakan parti yang terlibat banyak berkempen melalui sosial media atau mungkin juga kerana mereka meramalkan akan memenangi pilihanraya kali ini. PRU pada penggal ini nampaknya amat mendebarkan dan sangat ditunggu oleh segenap lapisan masyarakat dan ahli politik, lebih-lebih lagi pada parti pembangkang rentetan